Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah
Apabila membaca catatan Dhuha oleh Ust Idris Ahmad pagi ni, saya teringat pada guru juga rakan saya semasa mengajar di Maahad Darul Quran, Rusila iaitu Ust Mohamad Sulong atau lebih dikenali dengan Us Mat Sulong.
Ustaz Mat Sulong berasal dari Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang. Beliau pulang ke Terengganu setelah tamat pengajian di Al-Azhar, Mesir tahun 70 an. Sebaik pulang beliau telah dipanggil temuduga oleh Pejabat Agama Negeri Terenggnu tapi beliau menolaknya, alasannya mudah, nak bekerja dengan jamaah dan parti PAS secara sepenuh masa. Mudah, tak terikat ujar beliau.
Pengenalan saya dengan beliau bermula apabila saya mengajar di Maahad Darul Quran pada tahun 1996. Beliau telah mengajar di Darul Quran seawal penubuhannya lagi pada tahun 80an. Saya melihat beliau sangat dedikasi dan semangat di dalam memberikan pengajaran kepada murid murid.
Beliau sangat komited dengan tugasan beliau sebagai guru yang mendidik bakal kader kader penyambung perjuangan islam pas kelak. Beliau tinggal di kg Binjai Kertas, K.Berang dan berulang alik kira kira 100 km setiap hari untuk mengajar di Madrasah yang ditubuhkan oleh Pimpinan PAS Terengganu sebagai persiapan untuk menyediakan pelapis perjuangan.
Banyak peristiwa peristiwa yang menyayatkan hati saya bersama beliau. Antaranya :
1. Pernah ketika keretanya rosak beliau berulang alik ke madrasah dengan menaiki 6 kali bas pergi balik. Dari rumah beliau ke pekan k.berang, dari pekan k.berang ke k.Trg dan dari k.Trg ke Rusila. Balik pun begitu juga.
2. Pekerja pam minyak esso di pekan k.berang cukup kenal us Mat kerana beliaulah satu satunya pelanggan yang apabila berhenti mengisi minyak, beliau hanya minta diisikan petrol Rm7 . Apabila pekerja pam tanya mengapa tak isi aje Rm10, Us Mat jawab ” saya hanya ada duit Rm10, baki Rm3 saya hendak minum air di kedai kopi ” mengalir air mata saya bila ingat cerita ini.
3. Pernah juga Us Mat balik awal dari madrasah setelah tamat kelasnya. Apabila saya tanya kenapa balik awal hari ni ? Us Mat jawab ” ana nok balik tebang pisang beberapa tandan dan jual di pasar sbb nok guna untuk isi petrol ke tempat ceramah pas malam ni ”
4. Apabila tengah bulan Us Mat selalu saya lihat termenung, saya tahu kenapa, tapi Us Mat tak pernah bersungut apatah lagi merungut.
Us Mat boleh memilih untuk kaya dengan kelayakan beliau pada waktu sangat kurang orang yang berjaya pulang dari AlAzhar, tetapi Us Mat memilih untuk susah dan bersama PAS walau beliau tahu ranjau dihadapannya. Beliau tak pernah merungut.
Kereta terakhir yg Us Mat miliki hanyalah Proton Iswara. Saya masih ingat beliau selalu membasuh tayar keretanya yang penuh dengan tahi lembu sebaik tiba di Rusila.
Us Mat berjuang bersama PAS, menjadi guru di Maahad Darul Quran, menjadi ajk Pas Kawasan Hulu Terengganu dan cawangan sehingga akhir hayat beliau.
Saya masih ingat, hari kematian beliau, hujan turun renyai renyai hanya di kampungnya sahaja. Kami para guru dan murid beliau mengusung jasad arwah Us Mat dari rumah sehingga ke kubur. Sepanjang perjalanan hujan renyai renyai.
Us Mat telah meninggalkan ramai murid muridnya yang sekarang menyambung perjuangan beliau, antaranya Us Mohd Soud Said, Us Muhamad Zahid Yusof, Us Khalid Rushdan, Us Muhammad Khalil Abdul Hadi, Us Wan zulkifli dan ramai lagi.
Us Mat telah membuktikan Istiqamah beliau bersama perjuangan islam Pas sehingga ke akhir hayat.
Kepada pimpinan pimpinan pas yang ada sekarang perlu sedar. Anda bersama pas di saat pas telah berkembang. Mereka yang terdahulu telah menebas segala semak samun di sepanjang jalan agar kita berjalan dengan mudah pada hari ini.
Oleh itu jangan khianati perjuangan ini!
***Ustaz Wan Sukairi adalah Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu yang juga bekas tenaga pengajar Maahad Darul Quran
Al-Fatihah..






























