MIRI – Walaupun bandaraya Miri pesat membangun tetapi masih ada lagi rakyat miskin seperti golongan warga emas yang hidup terpinggir dari arus pembangunan.
Akibat harga rumah yang terlalu mahal dan sukar dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah maka mereka ini terus hidup dalam keadaan yang agak daif.


Rumah beliau sudah agak usang, lantai rumah sudah reput dan atap pun banyak yang sudah bocor. Keadaan dalam rumah beliau juga amat menyedihkan dimana bahagian dapur rumah beliau perlu dibaiki dengan segera.
Beliau tinggal bersama dengan adik perempuan beliau yang masih belum bersuami. Pakcik Dol tiada punya pendapatan tetap hanya mengharap bantuan dari badan kebajikan untuk meneruskan kehidupan harian beliau.
Mereka sudah berpuluh tahun tinggal di situ dan beliau pernah memohon bantuan dari agensi kerajaan untuk membina semula lantai dan atap rumah beliau yang bocor tetapi sehingga kini masih lagi belum mendapat bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan.
Walapun ramai orang mengenali beliau sebab beliau masih sihat dan selalu bergaul dengan orang ramai tetapi keadaan rumah beliau tiada siapa yang ambil perhatian. Bekalan elektrik pun tidak ada dan
mereka juga terpaksa mengunakan kayu api untuk memasak kerana tiada bekalan gas untuk mereka memasak.


Walaupun ada pihak dari badan kebajikan seperti Baitulmal memberi bantuan bulanan tetapi ianya sekadar cukup makan untuk mereka adik beradik. Mereka ini boleh di kategori sebagai rakyat termiskin pinggir bandar.
Apa yang mereka perlu adalah sebuah rumah yang lebih selesa dan selamat untuk tempat tinggal. Pihak PPRT (Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar) boleh membantu membina semula rumah baru untuk mereka sekeluarga.
Sekali lagi kita mengesa pihak agensi kerajaan yang berkaitan perlu segera datang melawat serta membantu membina semula rumah tersebut demi keselamatan warga emas yang tinggal dalam rumah itu.
Pihak kerajaan juga perlu memberi bantuan khas kepada warga emas yang tidak mempunyai pewaris serta membina rumah yang sesuai dengan keadaan mereka. Kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.


























