PAS Mesti Terajui Malaysia

57

DUNGUN – Walaupun PAS sudah menang di Terengganu, Perlis, Kedah dan Kelantan tetapi masih banyak yang tidak dapat dilaksanakan untuk menegakkan Islam di Malaysia.

Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata dasar PAS adalah Islam dan matlamatnya untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan dan terlaksana di dalamnya nilai hidup Islam dan hukum menuju keredaan Allah.

“Kita bersama dengan PAS ini bukan main-main dan kerja kita sangat banyak, walaupun kita sudah menang di Terengganu, teruskan kerja dalam masa yang sama munajat juga jangan ditinggalkan, ” katanya.

Ustazah Nuridah berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Muslimat Dungun kali ke 46 yang berlangsung di Markas Tarbiah Al Husna, Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini pada 16 Mei.

Menurutnya, dengan situasi negara hari ini yang amat menakutkan, macam-macam perkara berlaku, gerakkan bersungguh -sungguh Gelombang Akifi.

“Solat hajat mestilah sentiasa digerakkan kerana hanya Allah yang boleh memberi pertolongan kepada kita, jangan doa untuk Terengganu sahaja tetapi juga untuk Malaysia,” ujarnya.

Sebelum itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani yang mewakili PAS Kawasan Dungun DUN di Terengganu akan bertambah kepada 41 DUN pada Pilihan Raya ke 17 nanti.

“Rantau Abang akan di pecahkan menjadi dua DUN, walaupun kita tidak bersama dalam satu DUN tetapi kita tetap akan bersama dalam satu kawasan Dungun,” katanya yang dihubungi hari ini.