Oleh : Dr Suhazeli Abdullah
Bagaimana kita mahu mengatasi rasa mengantuk yang melampau di waktu siang menyebabkan yang kadang-kadang menyebabkan kita hilang tumpuan kerja.
Tidur adalah satu keperluan dalam kehidupan. Manusia menghabiskan satu pertiga kehidupan untuk tidur [1]. Badan memerlukan kerehatan setelah berpenat sepanjang hari.
Kajian menunjukkan jumlah tidur malam 5-7 jam sudah mencukupi bagi menyegarkan badan pada siang hari [2]. Jumlah kecukupan tidur bagi setiap individu berbeza-beza bergantung kepada metabolisma badan masing-masing.
Secara urufnya, jika tidur mengcukupi, badan kita akan segar apabila bangun pagi. Tidur yang tidak mengcukupi, akan mengganggu sifat, perangai dan fizikal seseorang.
Punca tidur tidak mengcukupi disebabkan beberapa faktor:
(i) Makan ubatan yang anti tidur, makanan yang berkefein (kopi)
(ii) Terlalu menumpu kepada gajet seperti komputer ‘game’, telefon pintar sehingga menjadi ketagihan.
(iii) Suasana bilik tidur yang tidak kondusif seperti bising, panas atau bau yang tidak menyenangkan.
(iv) Beberapa penyakit perubatan yang mengganggu fizikal.
Apabila dilihat kita selalu mengantuk semasa siang hari, siasat beberapa perkara:
(i) Adakah anda gemuk dan tidur berdengkur? Kemungkinan mempunyai masalah “Obstructive Sleep Apnea” ~ Pernafasan berhenti seketika semasa tidur menyebabkan anda kerap terbangun tanpa sedar untuk dapatkan udara. OSA ini telah dibuktikan mempunyai kaitan dengan resiko sakit jantung [3].
(ii) Kaki selalu kejang dan menyetok (twitching)? Kemungkinan anda mengalami Restless Leg Syndrome ~ Kaki tidak rehat semasa tidur, bergerak kesana-sini. Ianya boleh mangganggu tidur yang berkualiti tanpa kita sedari. Ia juga mungkin berkait rapat dengan penyakit bauh pinggang, kencing manis dan penyakit saraf. (Pengesahan dan pemeriksaan doktor amat diperlukan). Minum kopi sebelum tidur boleh menyebabkan RLS ini semakin serius [4]
(iii) Terdapat kajian juga mengaitkan Vitamin D boleh menyebabkan gangguan semasa tidur. Sila lihat rujukan ini [5].
Tidur sebentar semasa siang hari juga telah menjadi hasilan kajian para pengkaji yang mengaitkan kesan kesihatan. Rasulullah melazimi qailulah, iaitu tidur seketika samada sebelum atau selepas zuhur. Kajian mendapati sesiapa yang tidur sebentar kurang dari 30 minit boleh mengurangkan kematian akibat serang jantung [6]. Tetapi kajian lain pula menyatakan jika tidur melebihi 30 minit boleh menyebabkan penyakit kencing manis![7].
Ilmu Allah itu luas, penerangan ringkas ini tidak mengcukupi kerana isu tidur dan permasaalahannya terlalu banyak dibincangkan sehinggakan ada persatuan masalah tidur ditubuhkan dalam banyak negara.
Link Rujukan
[1] Colten HR, Altevogt BM. Sleep Disorders and Sleep Deprivation: An Unmet Public Health Problem. Online http://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK19956/.
[2] M Suzanne Stevens. Normal Sleep, Sleep Physiology, and Sleep Deprivation. Online http://emedicine.medscape.com/article/1188226-overview.
[3] Sleep Apnea -a Overview and Facts. Online http://www.sleepeducation.org/essentials-in-sleep/sleep-apnea/overview-facts
[4] SDA Facts Sheet. Restless Legs and PLMS. Online https://www.sleepoz.org.au/images/FactSheets/AT07-Restless_Legs_and_PLMS.pdf.
[5] Vitamin D Deficiency Could Explain Your Restless Nights and Broken Sleep. Online http://bodyecology.com/articles/vitamin-d-deficiency-could-explain-your-restless-nights-and-broken-sleep
[6] Darul Ifta. Online http://islamqa.org/hanafi/darulifta-deoband/24332
Naska A1, Oikonomou E, Trichopoulou A, Psaltopoulou T, Trichopoulos D. Siesta in healthy adults and coronary mortality in the general population. Online http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed?cmd=Retrieve&dopt=AbstractPlus&list_uids=17296887.
[7] Webmd. Daytime Sleepiness, Long Naps Tied to Heart Risks. http://www.webmd.com/sleep-disorders/news/20160324/daytime-sleepiness-long-naps-linked-to-heart-risks-study.