ABC: Alternatif Hiburan Berteras Syariat

1818

Deparment of Art, Culture, & Sport (DACS) Negeri Terengganu dengan rasminya telah berjaya mewujudkan Alternatif Band Club atau singkatannya ABC.

Ia merupakan satu wadah baharu yang dipersembahkan kepada seluruh peminat dunia hiburan terutamanya anak muda untuk bersama-sama memperjuangkan hiburan alternatif yang menjadi sebahagian dari fitrah insani dengan berlandaskan syariat Islam.

Pihak ABC Negeri Terengganu merakamkan setinggi penghargaan buat Lajnah Kesenian PAS Negeri Terengganu kerana sudi menjemput dan menyediakan slot khas kepada kami pada program Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2017 ini yang bertempat di Dataran Mydin Kuala Ibai.

Peluang yang diberi ini akan kami manfaatkan sebaik mungkin untuk mengumpulkan kumpulan² busker tempatan serta menyuntik elemen hiburan patuh syariah pada slot tersebut.

ABC menyeru kepada anak muda agar hadir beramai-ramai untuk menyatakan sokongan kepada kumpulan-kumpulan busker tersebut, pada tika yang sama dapat bersantai merehatkan minda dengan persembahan para busker yang pasti menghiburkan.

Sebagai makluman awal, nantikan kejutan istimewa daripada ABC Negeri Terengganu pada penghujung bulan September ini bersempena dengan Karnival FASTAQIM 2.0 yang bakal berlangsung di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus.

‘Dalam Berhibur, Kita BerTuhan’

KHAIRUDIN MUHAMAD
Ketua
Alternatif Band Club
Negeri Tetengganu.

21 Ogos 2017.