Afghanistan Akan Menjadi ‘Kubur’ Tentera AS

2875

Taliban telah memberi amaran kepada Donald Trump, Afghanistan akan menjadi “tanah perkuburan” untuk tentera Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Zabiullah Mujahid (gambar kanan) berkata Donald Trump hanya akan membazirkan nyawa tenteranya sendiri, dengan menghantar askar ke negara itu.

“Jika Amerika tidak menarik balik tenteranya dari Afghanistan, tidak lama lagi Afghanistan akan menjadi satu lagi tanah perkuburan untuk kuasa besar ini pada abad ke-21,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai tindakbalas kepada Presiden Amerika Syarikat itu selepas meluluskan penghantaran beribu-ribu lagi tentera ke negara yang dilanda peperangan tersebut.

Dalam ucapan rasmi pertama beliau Ketua Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Trump tidak menepati ikrar pilihan rayanya, untuk menamatkan perang Afghan.

Penglibatan Amerika Syarikat adalah yang paling lama dalam sejarah, telah berlarutan selama hampir 16 tahun.

Trump memberi alasan, sekiranya beliau menarik balik tentera, ia boleh mewujudkan vakum untuk diekpoitasi oleh kumpulan seperti al-Qaeda dan ISIL, juga dikenali sebagai ISIS untuk mengeksploitasi.

Amerika Syarikat kini mempunyai kira-kira 8,400 tentera di negara itu, menurun dari dari jumlah terbesar kira-kira 100,000 tentera pada tahun 2010 dan 2011.

Manakala sekutunya dari NATO mempunyai kira-kira 5,000 anggota dalam perang menentang Taliban dan kumpulan bersenjata lain.

Sehubungan itu, seorang komander kanan Taliban memberitahu agensi berita AFP bahawa Trump telah mengekalkan “sikap angkuh” presiden AS sebagaimana sebelumnya, seperti George Bush.

“Dia hanya membazirkan tentera Amerika. Kita tahu bagaimana untuk mempertahankan negara kita. Ia tidak akan mengubah apa-apa.

“selama beberapa generasi kami telah berjuang dalam perang ini, kami tidak takut, kami tetap segar bugar dan kami akan terus berperang sehingga nafas terakhir kami.” Tegasnya

Perang di Afghanistan, yang bermula pada 7 Oktober 2001, selepas serangan 11 September, telah meragut nyawa lebih daripada 2,200 tentera Amerika Syarikat dan membelanjakan kos lebih daripada $ 800 bilion.

Tiada angka rasmi jumlah orang awam Afghan terbunuh tetapi anggaran berkisar di antara 25,000-30,000 orang. Menurut Misi Bantuan PBB di Afghanistan (UNAMA), sekurang-kurangnya 1,662 orang awam terbunuh di antara 1 Januari dan 30 Jun tahun ini.