Tidak Wajar Kampung Baru Cina, Calon Tapak Warisan Dunia

552

DUNGUN – Cadangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) adalah tidak wajar.


Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata sedangkan kampung – kampung Melayu telah beratus ratus tahun wujud tetapi tidak diketengahkan.

“Apabila dapat saja taraf UNESCO kampung itu akan terpelihara,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Karnival PAS Kawasan Dungun 5.0 di Dewan Arena Merdeka di sini pada malam 8 Februari.

Perasmian karnival tersebut telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah.

Turut berucap Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Ustaz Dato Satiful Bahri Mamat, Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli dan AJK PAS Dungun, Ustaz Ghazali Sulaiman.
.
Menurut Ustaz Wan Hassan, tidak adanya sebuah kerajaan yang digeruni, hasil daripada kerajaan yang tidak digeruni melahirkan penguatkuasa yang tidak digeruni.

“Maka apa yang berlaku ialah kesan kepada kehidupan yang kita katakan patutnya kerajaan menjaga kepentingan rakyat tapi kerajaan hari ini di peringkat persekutuan, kita lihat sendiri tindakan-tindakan mereka banyak yang mengecewakan rakyat,” ujarnya.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Amar
berkata PAS tunggu masa untuk memerintah negara, parti lain sudah sampai ke penghujung.

” Parti – parti lain bergantung kepada pemimpin, bila mati pemimpin, tidak adalah parti tersebut dan yang akan tinggal dalam Perikatan Nasional ialah PAS,

” dan lawan politik PAS(mengikut bacaan politik saya) adalah DAP, DAP mewakili pemikiran sekular menentang Islam dan PAS mewakili gerakan Islam, suara umat Islam, akan berlaku pertembungan, “jelasnya.

Justeru beliau mengajak umat Islam bersiap sedia untuk berjuang dengan penuh keikhlasan.

” Siap sedia dengan ilmu terutama generasi muda mestilah membina kefahaman dengan ilmu terutamanya ilmu agama
dan juga ilmu-ilmu semasa,

“Insya-Allah apabila kita menjadi kerajaan, kita akan menjadi kerajaan yang baik dan membaiki kerosakan yang ada,” ujarnya.

Sempena majlis tersebut lapan orang As-Sabiqun menerima Anugerah JasaMu Dikenang mewakili DUN masing-masing.

Manakala hadiah cabutan bertuah motosikal SM110 menjadi milik Mohd Azuwa Mat Razal, 32.