Tawaran PAS Membantu Golongan Miskin Bina Hidup Lebih Baik

2191

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menawarkan manifesto bagi membantu golongan miskin, bagi membina kehidupan yang lebih baik dalam menjana punca pendapatan.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia akan mambantu kehidupan golongan ibu tunggal dan usahawan kecil yang agak dhaif.

“ditambah dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi……. sering kita dengar sebagai keluhan biasa takkala turun ziarah,

”amat sedih kerana rakyat marhaen menjadi mangsa sistem’ kerajaan yang tidak mesra rakyat bahkan lebih suka membazir sesuka hati pada perkara yang tidak membawa manfaat pada rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi rumah seorang ibu tunggal di Kampong Paloh Sungai Kiat, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

Sehubungan itu, kesukaran untuk membayar balik pinjaman ‘secara mingguan’ menyebabkan Nor Roslina binti Nawi, 45, sedaya upapa meneruskan perniagaan kecil-kecilannya.

“saya buat kuih pagi……hantar ke kedai kedai, dulu pernah buat pinjaman tapi kerana bayaran mingguan agak tinggi dan faedah yang di kenakan juga agak tinggi,

”saya dah tak buat pinjaman, saya tak nak terbeban dengan hutang (yang menekan),” ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan, Kak Yah yang mempunyai anak orang anak yang masih bersekolah.

Oleh itu, Ustaz Wan Sukairi yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam berkata, pinjaman tabung usahawan tanpa riba (faedah) yang ditawarkan PAS, tidak saperti skim yang di tawarkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang.

”saya amat sedih, kerajaan boleh membina pelbagai projek mega ratusan juta ringgit, kemudian terbiar dan tak siap-siap seperti Kompleks Bebas Cukai di Kenyir,

”tapi rakyat marhaen tidak terbela dan menjadi mangsa sistem kerajaan yang tidak mesra rakyat,” tegas beliau.