Tangkap dan Hantar Ke Pondok Si Mat Rempit, Sudahkah MB Razif Berfikir?

4893

OLeh: Ahmad Amzad Hashim

Saya sambut dengan takbir membesarkan Allah berhubung kenyataan Menteri Besar (MB) Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman berkait untuk membatalkan rancangan pembinaan litar motor dan mahu tangkap semua ‘mat motor’ dan di hantar ke sekolah pondok.

Pertamanya ia kembali kepada fitrah kejadian manusia iaitu sesudah habis daya tak ada jalan keluar, akhirnya kembali mencari jalan Tuhan, Allah juga.

Cuma ada beberapa yang mungkin boleh membantu MB menjadikan buah fikirannya lebih munasabah dan bukan semata-mata bagai orang yang merengus akibat kecewa kerana gagal ‘memberi kaunseling’ dan mendekati golongan ‘mat rempit’.

MB perlu tahu, bilangan ‘Mat-mat Motor’ setiap kali mereka berkumpul dan bercampur sekali dengan yang merempit, khususnya di lokasi seperti jalan Durian Burung, bukan puluhan atau ratusan, tetapi ribuan orang.

raya mat rempit2MB juga perlu tahu, majoriti daripada mereka terdiri dari pelbagai latar belakang dan datang dari merata pelosok dalam negeri ini, bukan hanya anak-anak tempatan kampung-kampung sekitar.

Makanya kalau betul MB nak ‘igat’ dan ‘berkas’, kerajaan akan perlukan ‘sel’ yang banyak dan sekolah-sokolah pondok yang banyak untuk memproses dan menempatkan mereka.

Selepas merekat ditahan, tidak boleh ‘direman’ lama-lama, kerana perlu ‘caj’ atau dakwaan yang dikemukakan untuk menyimpan mereka dalam ‘sel-sel’ yang entah dimana? di Ibu Pejabat Polis kah? atau di penjara Marang kah?

Atau mereka nak disumbat ke pusat-pusat belia, selama beberapa lama kah (pun tidak diketahui) sebelum selesai proses pendaftaran dan penempatan mereka semula untuk di masukkan ke pondok-pondok yang dimaksudkan.

Tapi sebelum itu, saya juga nak tanya MB Razif, pondok mana yang boleh menampung ribuan mat-mat motor ini? Tidak kah MB Razif sedar bahawa banyak pondok-pondok yang telah dilupuskan oleh Umno dan BN sendiri kerana bimbang akan pengaruh PAS sejak 50 tahun yang lalu?

Dan sekolah-sekolah pondok ‘yang ada-ada’ sekarang…..sudahkan MB buat kajian keupayaan mereka dalam menampung ribuan orang yang akan ditangkap, diberkas dan ditempatkan semuala di pondok-pondok itu.

Selaku bekas pegawai pendidikan takkan MB Razif tak ada maklumat bahawa, kebanyakkan pondok-pondok yang ada di negeri Terengganu ini dalam kedaan dhaif kerana tidak dapat bantuan samada dari peruntukan zakat atau peruntukan kerajaan negeri sendiri!!!

raya mat rempitKemudian selaku mantan guru kaunseling pastinya MB lebih arif tentang risiko pendidikan, ilmu dan akhlak yang akan diterapkan kepada ‘mat-mat motor ini’ berbanding dengan penuntut yang betul-betul mendalami ilmu agama.

Sedikit sebanyak pastinya sistem pondok itu akan terganggu oleh kehadiran bilangan besar remaja yang dipaksa berada di kalangan mereka pula.

Ibubapa pelajar sekolah pondok lebih-lebih lagi tidak akan bersetuju anak-anak mereka dibiar bergaul dgn remaja bermasalah yg ditempatkan di sekolah pondok tempat anak-anak mereka belajar.

Saya rasa mereka ini lebih baik dikumpulkan di satu tempat yang berasingan dengan modul pemulihan yang menggunakan pendekatan agama yg disertai pengawasan disiplin yang ketat ala tentera.

Dari situ penapisan boleh dibuat yg mana punya dan minat untuk meneruskan pengajian agama dan sesuai ke sekolah pondok. Hantar ke sekolah pondok mereka yg dah disaring diperingkat pertama di kem pengumpulan tadi.

Program ini memerlukan banyak guru agama sebagai pendidik.

Kerajaan kena mula salurkan lebih banyak bantuan untuk menaikkan taraf sekolah-sekolah pondok.

mat rempitUntuk kem pemulihan, saya cadangkan agar bekerjasama dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk menggunakan banyak kem-kem PLKN yg sedia ada yg telah serba serbi lengkap infrastrukturnya. Kem2 ini kosong ketika ini kerana semua program PLKN telah diumumkan ditangguhkan.

Berhubung pendirian MB untuk membatalkan rancangan pembinaan litar untuk peminat hobi motor ini saya rasa ini akan jadi alasan besar untuk anak-anak remaja ini memberontak.

Kami pernah berdialog dan antara yg sangat mereka bangkitkan adalah kerajaan telah banyak kali mungkir janji untuk sediakan litar.

Pada pandangan saya jika permintaan itu datang dari mereka, cubalah cari jalan untuk salurkan kemahuan mereka dengan banyak libatkan mereka dalam proses merekabentuk litar, konsep macam mana? Biar mereka menjadi sebahagian dari keputusan yg dibuat. Sudah selalu berlaku rekabentuk dibuat guna imaginasi perekabentuk tanpa libatkan pengguna, akhirnya gagal. Lihat sahajalah Paya Bunga Square atau Pasar Baru Chabang Tiga. Bangunan cantik tapi bermasalah.

Kerajaan kena asingkan antara perempit tegar yg memang pencetus masalah dengan penggemar hobi bermotor yang boleh diajak berunding dan berbincang.

Yang pencetus masalah memang perlu diberi tindakan keras. Yang masih boleh diajak berunding, cari jalan keluar dulu. Jika masih berdegil maka tiada siapa berhak salahkan pihak berkuasa jika bertindak.

raya-mat-rempit1 Akibat kegiatan merempit, minggu lepas ada kes kecemasan tak dapat dikejarkan ke hospital kerana jalan dihalang oleh rempit. Mangsa meninggal dunia.

Orang kampung tidak lagi dapat tahan sabar. Di kampung Paloh berpuluh puluh pemuda kampung mengambil tindakan menghalau kumpulan yang berkumpul.

Di kampung Durian Burung, lebih 50 orang keluar menunggu. Juga untuk bertindak.

Saya rasa kalau kerajaan benar benar serius, pasukan simpanan persekutuan FRU pun boleh membantu. Kalau tak cukup, kita ada banyak kem askar. Apa salahnya bantu sama.

Masyarakat pun jangan jadi pemerhati sahaja. Pakat bantu.

Kerajaan sendiri, hentikanlah memberi kelulusan kegiatan yg jadi ‘makanan’ yg menyuburkan masalah masalah sosial dalam masyarakat.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM adalah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu yang bermukim di Kampung Durian Burung, ‘syurga’ gejala rempit, setakat ini…….