Golongan Muda Penentu Kemenangan PAS Di Kawasan Felda

1219

DUNGUN – Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang, banyak dipengaruhi oleh undi daripada golongan muda yang berjumlah sekitar 40 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi dalam PRU Kali Ke-14 nanti.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, berdasarkan gerak kerja yang telah dibuat, PAS meletakkan sasaran memenangi beberapa buah kawasan tanah rancangan Felda.

IMG-20150722-WA0024“Anda semua, anak mudalah yang bakal menjadi penentu dalam pilihanraya yang akan datang. Insyaallah, dengan gerak kerja yang telah kita gariskan dan dilakukan oleh anda dengan sistematik…… tidak mustahil kita dapat memenangi di kawasan Felda,”ujarnya pada Majlis Meraikan Generasi Kedua Felda sempena Eidulfitri.

Turut hadir pada program yang diadakan di Kerteh dekat sini, semalam 21 Julai adalah Pengerusi NGO Anak Terengganu, Naraza Muda dan Ketua Lajnah Tanah dan Peneroka Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Zul Shawalludin Jusoh.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Paka menambah, dengan fenomena kebangkitan ini PAS Terengganu bercadang untuk meletak beberapa calon muda dalam PRU-14 nanti, sebagai satu strategi bagi melengkapkan kejayaan PAS Terengganu.

Beliau berkata DUN Bukit Besi dan Kemasik memiliki ramai pemimpin pelapis muda yang berkebolehan berbanding dengan Umno yang dilihat ketandusan kepimpinan.

IMG-20150722-WA0020Katanya, pergolakan umum yang berlaku dalam politik Malaysia, khususnya melibatkan PAS sendiri, tidak memberikan masalah bahkan menjadi nilai tambah menarik minat golongan muda menyertai PAS.

Beliau berkata, mereka dapat dapat menilai kekuatan dan kelebihan Pas yang tidak goyah walaupun diserang hampir setiap hari.

“Saya terlibat dengan mesyuarat PAS Pusat, setiap bulan kita menerima ribuan borang pendaftaran ahli baru, kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak muda.

“Mereka mengikuti perkembangan PAS yang memberi ruang seluasnya kepada anak muda untuk melontarkan buah fikiran dan idea dalam melancarkan gerakkerja parti,”ujar beliau dihadapan hampir 100 orang hadirin.