Syawal Dan Perjuangan Menentang Manusia Yang Ingkar

1066

Firman Allah S.W.T. di dalam surah an-Nahl ayat 112 :

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَريَةً كانَت ءامِنَةً مُطمَئِنَّةً يَأتيها رِزقُها رَغَدًا مِن كُلِّ مَكانٍ فَكَفَرَت بِأَنعُمِ اللَّهِ فَأَذٰقَهَا اللَّهُ لِباسَ الجوعِ وَالخَوفِ بِما كانوا يَصنَعونَ

Maksudnya :
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh : sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Sesungguhnya umat Islam dituntut untuk sentiasa mentaati segala perintah Allah swt, dan menjauhi segala laranganNya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi :

اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ، وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ ، وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ ، وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ

Maksudnya :
Hendaklah kamu takut kepada Allah Tuhanmu, dan hendaklah kamu menunaikan sembahyang lima waktu yang difardukan ke atas kamu, melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan yang diwajibkan ke atas kamu, mengeluarkan zakat hartamu, mentaati pimpinan kamu nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga Tuhanmu.

farouq mosque gaza1 (2)Kamu juga diingatkan agar sentiasa berada dalam jamaah, menjauhi perpecahan, menjaga waktu sembahyang tepat pada waktunya sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu, seterusnya mengimarahkan rumah-rumah Allah pada setiap waktu sebagaimana kamu mengimarahkannya pada bulan Ramadhan.

Hari ini umat Islam telah menyambut Hari Raya ‘Idul Fitri. Ia adalah hari kemenangan umat Islam melawan hawa nafsu dan kejayaan melaksanakan segala suruhan Allah S.W.T. di dalam bulan Ramadhan.

Sesungguhnya manifestasi Ramadhan mengajar kepada kita umat Islam agar melaksanakan segala arahan dan meninggalkan larangan-Nya walaupun ia tidak tercapai dek akal kita selaku hamba-Nya yang lemah.

Apabila kita keluar daripada madrasah Ramadhan, maka inilah falsafah yang ingin kita bawa keluar agar setiap detik kehidupan kita mengikut petunjuk daripada Allah S.W.T..

Sebagaimana kita melaksanakan arahan ibadat berpuasa, maka begitu jugalah kita mesti mematuhi segala arahan Allah S.W.T. di dalam kehidupan seharian kita. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga perkara yang berkaitan pemerintahan negara. Oleh kerana itulah Sheikh Yusuf Al Qaradhawi pernah menyebut:

كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا

Maksudnya :
Jadilah hamba kepada Allah bukannya hamba kepada Ramadhan semata-mata.

Maka sudah pasti jika sekiranya umat Islam sanggup berlapar di siang hari ketika bulan Ramadhan hanya untuk mengikuti dan patuh terhadap arahan Allah, sangat malang jika sekiranya keluar daripada Ramadhan mereka menjadi golongan yang ragu-ragu terhadap hukum dan undang-undang Allah S.W.T..

Ketika tibanya Hari Raya ‘Idulfitri, Allah S.W.T. memerintahkan kepada hamba-Nya agar memperbanyakkan laungan takbir membesarkan Allah. Berhimpun di surau, masjid dan tempat lapang serta terbuka untuk mengagongkan Allah. Ini adalah kerana, hari raya merupakan hari kemenangan, hari ini merupakan hari kebesaran Islam. Ia memberi gambaran yang jelas kepada konsep kepatuhan manusia dan pengabdian manusia kepada Alllah Taala.

al-omari mosque jabaliyaMereka yang benar-benar meneliti setiap kalimah lafaz takbir raya ini pastinya memahami rahsia disebalik lafaz tersebut, di mana ia menjelaskan bahawa Allah Yang Maha Besar dari segala yang menyanggahi manhaj-Nya, Allah Yang Maha Besar dari segala yang mengingkari syariah-Nya. Allah Yang Maha Besar dari segala manusia yang menentang perintah dan kekuasaan-Nya. Allah Yang Maha Besar dari sesiapa yang memperkecil-kecilkan syariah dan perundangan-Nya.

Inilah tunjang aqidah yang perlu difahami oleh umat Islam dalam kita melayari saki-baki kehidupan kita di atas muka bumi ini. Segala aturan kehidupan kita telah ditetapkan oleh Allah, maka barangsiapa yang mengingkari peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, maka falsafah ibadah Ramadhan hakikatnya tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.

Tidak memberi apa-apa pengertian jika sekiranya hanya mengakui diri Islam tanpa akidah yang suci bersih, tunduk patuh kepada segala perintah-Nya. Sebagaimana juga tidak bererti segala bentuk amal ibadah tanpa tauhid dan aqidah yang benar kepada Allah Taala. Kerana kesyirikan tidak boleh berada bersama-sama dengan ketauhidan, amal-ibadat yang disertakan dengan kesyirikan hanya akan menjadi debu-debu yang berterbangan sebagaimana firman Allah Taala :

وَقَدِمنا إِلىٰ ما عَمِلوا مِن عَمَلٍ فَجَعَلنٰهُ هَباءً مَنثورًا

Maksudnya :
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

Gembira menyambut Hari Raya tidak bermakna kita melupakan saudara-saudara kita yang sedang diuji oleh Allah S.W.T. di bumi Palestin, Syria, Iraq dan seluruh dunia Islam. Dalam keadaan kita bergembira, kesengsaraan mereka jangan langsung dipandang sepi oleh kita semua.

gaza-mosque-bombed_2991135kSemua mereka adalah sanak saudara kita, yang perlu kita ambil cakna, sebagaimana caknanya kita terhadap saudara sedarah bila tibanya Syawal. Mereka disana adalah saudara seakidah kita. Walau kita tiada pertalian darah, walau tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi kita punya talian persaudaraan, yang diikat dengan hubungan ukhuwwah Islamiyyah.

Firman Allah S.W.T. :

إِنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَينَ أَخَوَيْكُم

Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara saudaramu.

Perlu diketahui bahawa mengasihi mereka adalah bukti keimanan kita kepada Allah dan rasul-Nya.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

لَا يُؤمِنُ أَحَدُكُم حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya :
Tidak beriman seseorang itu sehinggalah mereka mengasihi saudaranya seperti mereka mengasihi diri sendiri.

Hampir saban hari kita melihat umat Islam di Palestin dibom dan diserang oleh peluru berpandu rejim penjajah, Zionis laknatullah. Bermula Ramadhan, hampir ratusan jiwa umat Islam diratah dengan rakusnya tanpa sebarang pembelaan. Sebagaimana yang dilaporkan di dalam media massa, angka telah mencecah lebih 1,000 orang terkorban di Gaza. Tentu sahaja angka ini meningkat dari masa kesemasa.

Manakala jumlah yang tercedera pula meningkat sehingga 4030 orang. 1213 darinya adalah kanak-kanak. 698 darinya perempuan. Manakala 161 darinya adalah orang tua.

Jiwa-jiwa yang tidak bersalah ini terus menjadi mangsa akibat kelemahan umat Islam sendiri yang masih lagi lena dan tidur akibat leka dengan kesenangan dunia. Benarlah sabda Nabi S.A.W. :

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ : بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ، فَقَالَ قَائِلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا الْوَهْنُ ؟ قَالَ : حُبُّ الدُّنْيَا، وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

Maksudnya :
Akan hampir seluruh umat manusia menyeru kamu sebagaimana diseru makanan ke bekasnya. Maka seorang berkata : Dan adakah disebabkan jumlah kami pada waktu itu menjadi sedikit?. Jawab baginda : Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai tetapi kami seperti buih seumpama buih air banjir. Dan akan dicabut daripada sanubari musuh kamu perasaan kagum terhadap kehebatanmu disamping Allah akan mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu. Maka seorang berkata : Wahai Rasulullah! Apakah penyakit wahan itu. Lalu sabda baginda : Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.

al-amin mosque gazaRiwayat Abu Dawud
Jika dikira nisbah umat Islam pada hari ini, jumlah kita jauh lebih ramai daripada rejim Zionis laknatullah. Akan tetapi, oleh kerana jiwa-jiwa umat Islam pada hari ini kering kontang dari dibasahi oleh iman, nasib umat Islam di Palestin terus dipandang sepi. Mereka saban hari menempah syurga Allah dengan gugur syahid di medan jihad, kita pula terus dibuai mimpi dunia yang tidak berkesudahan.

Firman Allah S.W.T. :

وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِنْ لَا تَشْعُرُونَ

Maksudnya :
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.

Ayat ini diturunkan oleh Allah S.W.T. ketika mana ada dalam kalangan para sahabat yang gugur syahid di dalam medan Badar. Mereka para sahabat walaupun bilangan umat Islam ketika itu hanya 313 orang, akan tetapi mereka tetap teguh bersama Rasulullah di medan jihad sehingga mereka gugur syahid. Keteguhan mereka itu dikurniakan kemenangan oleh Allah kepada umat Islam dan kehinaan kepada kaum musyrikin.

Ini jugalah yang boleh dilihat di bumi Palestin kini. Walaupun saban hari mereka diserang dan dibom, akan tetapi kemaraan Briged Al-Qassam yang merupakan sayap tentera kepada HAMAS memberi tekanan hebat kepada rejim penjajah, Zionis laknatullah. Melalui roket-roket pejuang yang dilancarkan oleh Al-Qassam, ia menyebabkan kehancuran di pihak Zionis.

Baru-baru ini juga, mujahidin Al-Qassam telah melancarkan teknologi pesawat canggih tanpa juruterbang yang mereka namakan sebagai ‘Ababil’ menjadikan Zionis semakin tidak selesa dengan perkembangan terbaru ini.

Oleh kerana itulah, Hari Raya yang kita sambut pada hari ini perlu untuk kita sematkan di dalam jiwa bahawa Islam pasti akan mencapai kemenangan suatu hari nanti. Ini adalah janji daripada Allah. Dan Allah tidak memungkiri janjinya. Firman Allah S.W.T. :

وَعَدَ اللهُ الَّذينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَ لَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دينَهُمُ الَّذِي ارْتَضى لَهُمْ وَ لَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً

Maksudnya :
Allah telah berjanji pada orang-orang yang beriman dan beramal saleh di antara kalian bahwa mereka akan menjadi penguasa di muka bumi sebagaimana Allah telah memberi kekuasaan (khilafah) pada orang-orang sebelumnya, dan Allah akan mengokohkan agama dan ajaran yang mereka ridhai dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan dan ketenangan.

117Marilah kita renungi dan insafi perkara ini. Bangkitlah membela saudara seIslam kita. Percayalah bahawa di Malaysia kita juga bakal menerima nasib seperti mereka andai kita tidak bersatu di bawah akidah yang sama. Kuffar tidak pernah tidur dari memastikan Islam tidak bergerak walau selangkah.

Marilah kita bangkit berjuang untuk memastikan kemenangan Islam mengambil alih tampuk pemerintahan di negara tercinta ini. Percayalah bahawa tiada jalan lain untuk membela umat Islam, selain dari memiliki kuasa politik.

Jika diteliti, jumlah negara yang diperintah oleh orang Islam tidak sedikit jumlahnya. Indonesia, Malaysia, Kuwait, Saudi, Brunei, Bahrain, UAE, adalah contoh negara berharta milik umat Islam. Ditambah dengan pertubuhan seperti OIC, Liga Arab, Rabithah Ulama, Majlis Fatwa Antarabangsa dan bermacam-macam lagi institusi umat Islam yang wujud, tapi masih belum membela kedaulatan umat Islam walau seinci.

Oleh yang demikian, disamping kegembiraan kita menyambut hari raya janganlah kita leka dan abaikan saudara-saudara kita yang berhajat kepada pertolongan kita.

Mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna seperti kita lalui sekarang, bantulah mereka dengan sedaya upaya kita sama ada pertolongan kita itu berbentuk harta benda, kewangan dan yang paling penting jikalau kita tidak mampu membantu mereka secara zahiriyah maka bantulah dengan mendoakan mereka agar mereka diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menentang musuh Allah laknatullahi alaihim dan seterusnya menghancurkan rejim Zionis dan mengembalikan semula bumi Palestin sebagai bumi Isra’ Nabi s.a.w dan kiblat pertama umat Islam. Firman Allah S.W.T. :

إِنَّمَاo الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).- Episod Sebuah Perjuangan