Sidang DUN : Kerajaan Sepatutnya Terima Usul Banjir Untuk Dibahaskan

750

KUALA TERENGGANU[Lihat Video] Kerajaan negeri sepatutnya menerima usul banjir yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Haji Alias Harun, kerana ia adalah perkara tertentu, penting dan perlu disegerakan.

Sebaliknya, Yang DiPertua DUN Terengganu YB Zubir Embong telah menolak tanpa sebarang alas an munasabah ketika usul itu dibentangkan dalam siding DUN pada hari Selasa 10 Disember.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, usul tersebut sekiranya diterima akan memberikan peluang untuk ahli dewan membicarakan keperluan rakyat yang terlibat dengan musibah banjir.

Menurutnya, PAS mahu mencadangkan agar sejumlah peruntukan khusus dibuat oleh kerajaan negeri bagi membantu mangsa-mangsa banjir, sesuai dengan bajet yang dibentangkan pada hari isnin 9 Disember.

“Sebab bayangkan lah, ada rumah yang hanya Nampak (tinggal) atap sahaja. Perabot, peralatan semua musnah. Jadi dengan peruntukan yang diberi kerajaan RM500 tu tak memadai.

“Jadi sepatutnya kerajaan negeri Terengganu boleh buat peruntukan khas kepada mangsa-mangsa yang terlibat,”katanya ketika bercakap dengan pemberita di Lobi DUN pada Selasa.

Katanya, beliau telah turun sendiri ke daerah Kemaman dan Dungun dan merasa tidak puas hati lah terhadap usaha menangani bencana banjir oleh agensi dan jabatan kerajaan.
Beliau berkata, dengan keadaan banjir sebegitu ‘parah’, sepatutnya kerajaan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kejadian.

“(tetapi} lambat menghantar keperluan makanan lambat, usaha menyelamatkan ‘resque’ orang (yang perlu di) selamatkan, peralatan yang terhad dan juga ada isu diskriminasi, membahagikan, ada orang penyokong PAS lah, penyokong kerajaan.

“Ada yang beri penyokong kerajaan (sahaja), penyokong pembangkang tak beri. Kita rasa perkara ni tak patut berlaku lah,”jelasnya.

Oleh itu, beliau menyeru, pihak kerajaan negeri agar peka dengan mesalah yang dihadapi rakyat dan menerima usul yang dibentangkan serta memberi ruang seluasnya bagi membincangkan ususl banjir.

sidang dun dis 2013“memang perlu disegerakan…….. (banjir yang melanda) kita bukan selesai dah………… memang akan timbul (berlaku) gelombang (banjir) yang akan datang yang kita rasa akan menjejaskan (lebih) teruk dari (kepada) kalangan mangsa-mangsa banjir.

“Ada yang (sudah selesai) basuh-basuh (rumah), (terpaksi) mari pula, (kembali) balik ke pusat permindahan dan sebagainya,”tegas beliau.

Berikut adalah dilampirkan Usul yang dikemukakan oleh ADUN rantau Abang, YB Haji Alias Harun;

___________________________________________________________________________________

Usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu

YB Yang di-Pertua,

saya YB Hj Alias Harun , Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi kawasan Rantau Abang mohon mencadangkan,

“Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincang dan merundingkan isu berhubung kejadian banjir yang telah melanda negeri ini sejak 3 Disember yang lalu, yang telah menenggelamkan hampir keseluruhan daerah Kemaman, sebahagian daerah Dungun dan juga daerah Hulu Terengganu, yang disahkan sebagai banjir yang paling buruk pernah melanda daerah Kemaman sejak 30 tahun yang lalu, dan telah menenggelamkan dan melumpuhkan Bandar Chukai, menyebabkan kesusahan kepada rakyat, dimana kejadian seburuk itu boleh dielakkan sekiranya kerajaan mengambil langkah persediaan yang lebih serius, terancang dan berkesan pada masa hadapan,”

YB Yang Di-Pertua,

Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana telah berlaku satu malapetaka hujan lebat dan kejadian air pasang yang cukup dahsyat sehingga menyebabkan banjir besar yang hampir menenggelamkan keseluruhan daerah Kemaman dan melumpuhkan Bandar Chukai. Ia juga ditenggelami air dan daerah Hulu Terengganu serta Dungun khususnya di pedalaman Dungun dimana pengakuan dari pihak kerajaan telah mengesahkan bahawa kerajaan tidak menjangka dan gagal memberikan perkhidmatan bagi mencari dan menyelamat dan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa-mangsa banjir, bahkan tidak dapat disalurkan dengan sempurna sehingga hari ini, kerana keadaan ‘gawat’ dan kelam kabut.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana sehingga hari ini seramai 14, 609 orang masih berada pada 41 buah pusat-pusat pemindahan yang mengalami trauma, ketakutan dan kebimbangan untuk pulang ke rumah-rumah mereka, bakhan angka tertinggi yang dicatatkan sehingga kemuncaknya seramai 22, 617 orang telah dipindah kepada 48 buah pusat pemindahan diseluruh negeri Terengganu. Keselamatan rakyat perlulah diutamakan kerana banyak pusat-pusat pemindahan yang ditentukan sebelum ini tidak lagi relevan kerana pusat-pusat tersebut tidak lagi boleh melindungi keselamatan apabila ia turut ditenggelami air dalam banjir baru-baru ini.

Perkara ini perlu disegerakan kerana Setiausaha Keselamatan Negeri, Mohd. Sarif Hassan memberitahu dalam sidang media di pejabatnya pada hari Khamis 7 November 2013 bahawa sebanyak lima siri gelombang banjir dijangka melanda negeri ini. Setelah banjir yang berlaku bermula pada selepas tengah malam 3 Disember lalu dan masih lagi belum surut sehingga hari ini, dua siri lagi gelombang iaitu gelombang yang keempat dijangkakan berlaku pada 15 hingga 21 Disember ini dan gelombang yang kelima dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Yang Mengusulkan,
YB Hj Alias Harun
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu,
Kawasan Rantau Abang.
10 Disember 2013