KUALA TERENGGANU – Semangat dan perjuangan rakyat memastikan kerajaan PAS terus ‘teguh memimpin’ negeri Terengganu sangat tinggi dan masih utuh, menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Harun Esa berkata, beliau yakin parti Islam itu akan meraih kemenangan cemerlang pada PRU26 nanti.
“Singgah di DUN Permaisuri petang tadi. Setakat pusing negeri Terengganu ini, Alhamdulillah saya melihat kekuatan dan keutuhan pendirisn rakyat,
“Lebih-lebih lagi apabila semakin menghampiri musim pilihan raya.” jelas beliau ketika ditemui selepas program Ziarag Kebajikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, semalam.


Hadir bersama lawatan tersebut Ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ariffin Deraman.
Menurutnya, kesedaran dan keinginan rakyat untuk mempertahankan kerajaan yang memperjuangkan Islam serta kebajikan rakyat jelas dapat dirasai.
“Insya-Allah, dengan kesatuan hati, kerja keras dan tawakal kepada Allah SWT, kita akan terus melangkah ke hadapan.
“Terima kasih rakyat Terengganu atas sokongan, dokongan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur,” tambah beliau.






























