Semua Keputusan PAS Perkasa Agenda Penyatuan Ummah

78

KUALA TERENGGANU – Keputusan PAS mengambil langkah tertentu dalam hubungan politik dan gerak kerjanya, dibuat berdasarkan keutamaan parti untuk terus memperkukuhkan agenda penyatuan ummah yang menjadi teras perjuangannya.

Penolong Setiausaha III Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Alex Chan Foo Yew berkata, PAS sentiasa melihat penyatuan ummah sebagai keutamaan utama dalam setiap gerak kerja dan perjuangan parti.

Menurutnya, usaha untuk memperluaskan gagasan penyatuan melalui penyertaan semua pihak menimbulkan persoalan terhadap hala tuju PAS.

“PAS melihat penyatuan ummah sebagai keutamaan utama dalam perjuangannya. Apabila usaha memperluaskan gagasan penyatuan melalui penyertaan parti-parti dan pihak lain,

“Atas pertimbangan tersebut, PAS mengambil keputusan yang perlu demi memastikan agenda penyatuan ummah dapat terus diperkasakan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini berkaitan langkah PAS bersama Gerakan RESET dan memutuskan hubungan politik dengan BERSATU, yang menjadi perhatian pelbagai pihak.

Alex menegaskan, sebarang keputusan yang dibuat PAS adalah berdasarkan pertimbangan yang teliti demi memastikan matlamat penyatuan ummah terus menjadi agenda utama dalam landskap politik negara.

Katanya, usaha memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat perlu diteruskan bagi menjamin kestabilan serta kesejahteraan negara pada masa hadapan.