Segera Bina Penghadang Ombak Di Teluk Lipat

2568

DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik meminta kerajaan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dapat menyambung benteng yang telah dibina di sepanjang Pantai Teluk Lipat.

IMG_20160209_115439Beliau menggesa agar benteng penghadang ombak itu dapat dipanjangkan di pantai Sura bermula dari Pantai Tanah Lot sehingga Pantai Teluk Gadung.

“Kawasan ini adalah pusat tumpuan orangramai dan para pelancong, di sini terdapat Pusat Rekreasi serta deretan tempat menjamu selera dan ini sudah tentu boleh membahayakan mereka,

“jadi saya mengharapkan tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan, bukan sahaja di sini tetapi juga di tempat lain seperti hakisan di Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Rhu Rendang.”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pantai Teluk Lipat, selepas melawat kejadian hakisan yang berlaku di pantai Teluk Lipat, di sini pada Isnin, 8 hb Februari.

IMG_20160209_115554Akibat ombak besar dan angin kencang, yang melanda kelmarin, sekali lagi jalan sepanjang pantai berhampiran Sura Gate yang telah rosak akibat hakisan.

Pada 26 Disember 2011, ombak musim tengkujuh telah memukul pantai yang dan menyebabkan jalan di Teluk Lipat tinggal sekerat kerana dihakis.

Sebelum itu, kerajaan pernah berjanji mahu membina benteng pemecah ombak yang menelan kos RM1.5 juta.

IMG_20160209_115637Namun, ketika badai menghakis pantai dan merosakkan jalan utama tepi pantai tersebut, tidak ada walaupun satu benteng pemecah ombak sebagaimana yang dijanjikan.

Berikutan kejadian hakisan yang berlaku dua hari lalu, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Terengganu Zainal Abidin Husin mengumumkan sebanyak RM69 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi menyelesaikan masalah hakisan dipantai terbabit.

Namun begitu, beliau tidak menjelaskan bilakah projek yang telah diluluskan dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 itu akan dilaksanakan.