Rumah Terbuka; Istiqamah PAS Memelihara Hubungan Dengan Semua Pihak

1261

BESUT – Kehadiran orang ramai ke majlis-majlis anjuran PAS di negeri Terengganu pada akhir-akhir ini memberikan isyarat, rakyat mahukan satu perubahan dalam lanskap politik.

DSC_0310 (2)Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Ahmad berkata, iaadalah gambaran betapa kehidupan mereka tertekan dengan pelbagai isu besar kerana ketidak cekapan pemerintahan kerajaan pusat.

“Saya melihat bahawa ‘trend’ kehadiran (orang ramai) dalam majlis-majlis yang dianjrkan oleh PAS terutama di peringkat akhir-akhir ini menggambarkan bahawa masyarakat masih mengharapkan suatu perubahan kepada landskap politik dalam negeri kita khususnya,

“kerana dalam negara semakin terhimpit dengan pelbagai isu besar di peringkat nasional (dan) gambaran yang kita dapat lihat bahawa itulah diantara dengan kecekapan oleh pihak yang berkenaan dalam mengurusntadbir secara yang tidak berhemah,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Besut di perkarangan pejabatnya, pada Khamis 23 Julai.

DSC_0302 (2)Beliau mengucapkan terima kasih kerana kehadiran para tetamu yang berpusu-pusu ke Majlis itu termasuk di kalangan bukan Islam dan kakitangan kerajaan dan swata.

“Saya ucap terima kasih kepada semua yang hadir terutama jabatan-jabatan kerajaan, pihak NGO juga wakil daripada masyarakat TiongHua yang bersama dari awal pagi tadi, sehingga sekarang pun masih ada,

“dan ini insyaAllah adalah satu signal yang kuat kepada kita untuk kita sama-sama bantu-membantu diperingkat kita sehinggalah matlamat akhir kita, untuk mendapat redha daripada Allah,”katanya

Beliau berkata, ia adalah contoh istiqamah PAS dengan Islam dalam memelihara hubungan dengan semua pihak.

Dengan itu, menurutnya, suasana kemesraan dan kasih sayang sesame insan sebagaiaman yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dapat dijadikan sebagai ‘praktikal’ dalam menjalani kehidupan seharian.

DSC_0284 (2)“Dengan suasana kemesraan, dengan suasana kasih sayang diantara kita sesama kita. Tak ada sebab manusia yang diciptakan melalui penciptaan Adam dan Hawa (kecuali) kita harus ada titik pertemuan diantara kita sesama kita,

“supaya Islam yang dibawa oleh Nabi SAW dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan sebagai suatu yang hidup, yang bukan hanya sekadar bacaan, sebagai al-Quran yang hanya dibaca tetapi al-Quran dalam bentuk praktikal,”tegasnya.

 

https://youtu.be/bZqUQitjXl4