Abdullah Morsi, anak lelaki bongsu Presiden Mohamed Morsi, dilepaskan selepas menghabiskan satu tahun di penjara rampasan kuasa untuk kononnya merokok hash.


Jurucakap keluarga Osama Mohamed Morsi [Gambar kiri], mengesahkan adiknya dibebaskan petang Selasa.
Pada bulan Julai 2014, pihak rejim rampasan kuasa Mesir telah menahan Abdullah dan seorang rakannya atas tuduhan dadah, yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh keluarga beliau.


Terdahulu, pihak berkuasa rampasan kuasa dengan sedaya upaya enggan membenarkan anak Morsi, Abdullah [Gambar kanan] untuk mencabar atau merayu keputusan awal yang mensabitkannya atas tuduhan palsu.
Kemudian, mereka enggan melepaskannya selepas menghabiskan tiga suku masa, mengikut undang-undang, dan sebaliknya berkeras mengurung beliau dan menamatkan hukuman tempoh satu tahun penuh.





























