Mesyuarat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang berlangsung empat jam memutuskan untuk menamatkan kontrak dua pemain import, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva, manakala Joseph Kalang Tie pula akan kembali ke negeri asalnya, Sarawak.
Terengganu juga melantik Marzuki Sulong sebagai pengurus pasukan menggantikan Datuk Che Mat Jusoh, yang kekal selaku Yang DiPertua PBSNT.
Che Mat, yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat itu, berkata Marzuki akan dibantu dua penolong pengurus baharu 1 dan 2 iaitu Zulkifli Ali dan Mohamad Awang.
“Bagaimanapun, jurulatih dan penolong jurulatih belum lagi dilantik. Itu terserah kepada pengurusan baru untuk mencari dan membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama.
Sehubungan, ketidak puasan hati penyokong bola sepak Terengganu memuncak apabila satu gerakan yang diberi nama ‘Himpunan Mendesak Agar Che Mat Jusoh Letak Jawatan’ telah ditubuhkan melalui laman sosial Facebook.
Laman yag ditubuhkan sekitar jam 10 – 12 tengahari semalam, Rabu 19 September telah berjaya menarik keahlian seramai 256 orang sehingga pagi ini Khamis 20 September.
“Jom pakat berhimpun dihadapan Kediaman Rasmi MB untuk menyatakan hasrat agar PBSNT melakukan perubahan dari akar umbi demi kebaikkan bola sepak Negeri Terengganu. “I Love Terengganu FC”,”ungkapan seruan yang tercatat atas laman itu.
Seorang peserta yang bersetuju untuk hadir ke perhimpunan tersebut menyatakan luahan kesal kerana PBST acap kali merombak pasukan ‘penyu’ itu.
“bila presatasi pasukan jatuh jer..wat rombakan besar-besaran..buang pemain…sedap muncung terrr..acu buang diri sendiri gok cmj…tgk guane keadaan…mung igt pbsnt tu hok mung ker…,”ujarnya yang dikenali sebagai Mohd Nasri Ahmad.
“Seluruh rakyat teganu sedang berdukacita n sedih..pakat berkabung blake laa kehilangan permata n bintang bola sepak (anak jati negeri ini).. Dok reti nok kabo nape doh..dcmj koho kerah keng..abis die nok rombok..
“hok die x boh rombok..hok org dok sakkut nape pun..hok tu jdi mangse..bakpe laa pasukan bola negeri ku jadi hancur gini seme???? Sedihnyee ambe,”ujar Jijie Al Eidruzz.
Bahkan, anak Terengganu di Perantauan, turut menyokong usaha tersebut dan akan berjanji pulang sekiranya Himpunan tersebut dibuat.
“Insyallah ambe akan sapa dinu ..ambe akan usahakn tiket dan cuti ..insyallah dr sabah trus menjejok tnoh trg,”kata Lurifas Qistina.
“insyAllah kalu xdok aral melintang,ambe turun dari perak..kalu ambe jadi balik tranung,harap semua doakan perjalanan ambe pergi & balik.,”janji Shahrul Helmi At-Taranjani
Beberapa siri bantahan telah dibuat oleh para penyokong skuad bolaepak Terengganu sejak tahun 2011 lagi.
Pada 3 November, 2011, 1,000 penyokong bola sepak Terengganu mengadakan perhimpunan di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, bagi meminta perubahan dilakukan dalam pengurusan PBSNT serta mahu Che Mat segera berundur kerana didakwa melakukan salah guna kuasa.
Pada 22 April 2012 akhbar Sinar Harian melaporkan, 100 penyokong bola sepak bertindak ‘menyerang’ kediaman Che Mat Jusoh di Panji Alam, Kuala Terengganu.
Mereka didakwa bertindak liar dengan membaling batu dan merosakkan pintu pagar kediaman Presiden PBNST itu dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.30 malam, selepas berang kekalahan skuad Penyu 1-2 di tangan KL Sime Darby.