PRU Bila-bila Masa, Buka Bilik Gerakan Bermula Sekarang!

1742

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu telah selesai melalui tahap pertama dalam pelan perjalanan (road map) menuju wisma Darul Iman dengan kesemua DUN sasaran melaksanakan agenda dan program yang telah ditetapkan.

Timbalan Pesuruhjaya (I) Dr. Alias Razak berkata, tahap yang kedua ialah tempoh menggerakkan jentera semua peringkat bagi menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14) yang angat hampir.

IMG-20160326-WA0041Menurutnya, walaupun tempoh untuk penggal ini akan tamat pada 2018, namun keadaan politik yang tidak menentu yang sedang dihadapi di negeri Terengganu dan seluruh negara, memerlukan tindakan segera.

Beliau berkata, pemimpin Umno yang memerintah sekarang ini tidak mampu untuk memberikan 6khidmat kepada rakyat akibat perpecahan kerana perebutan kuasa, kedudukan dan pangkat.

“hari ini (politik) semakin panas…….. apabila mantan Menteri Besar (MB) mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap MBnya,

“kita tidak campur tangan dan tidak minat untuk merampas kuasa, Umno memang kerja dia (rampas kuasa) seperti di negeri Perak,

“jika Umno sudah berpecah dua……….berebut kedudukan, pangkat dan kekayaan negeri……bagaimana mereka mahu mengurus rakyat dan memberikan khidmat kepada rakyat,”jelasnya.

IMG-20160326-WA0122Oleh itu, beliau yang berucap pada Majlis Perasmian HIMMAT 2.0 di Hulu Terengganu mencadangkan, agar kerajaan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan pilihan raya umum peringkat negeri Terengganu.

Beliau berkata, ia mungkin berlaku pada bila-bila masa dan mengarahkan semua Majlis Tindakan DUN agar membuka bilik gerakan masing-masing bermula sekarang.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Muslimat yang memilih DUN Kuala Berang sebagai tapak untuk HIMMAT kali yang kedua, kerana menurutnya DUN tersebut merupakan salah satu sasaran yang perlu dimenenagi.

Justeru itu beliau menyeru agar para Muslimat dapat melipatgandakan usaha untk berdakwah dan mengajak para pengundi khususnya pengundi wanita agar mengundi PAS pada pilihan raya umum yang akan datang.