Teruskan Kerja ‘Menyentuh Jiwa’ Masyarakat – Ketua Muslimat

958

HULU TERENGGANU – Himpunan Muslimat PAS Terengganu Kali Ke-2 (HIMMAT) yang diadakan di kawasan lapang, Dataran Itqan al-Muluk, menunjukkan kesediaan para Muslimat untuk turun ke mana-mana sahaja, apabla di arahkan.

Menurut Ketua Muslimat Terengganu Puan Safinah Jusoh, selain itu, sejarah Batu Bersurat di Kampung Buluh berhampiran Dataran tersebut akan menyemarakkan usaha Muslimat membantu kemenangan PAS Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

IMG-20160326-WA0045“HIMMAT 2.0 julung kalinya diadakan di dataran seperti ini menunjukkan kesediaan para Muslimat sanggup turun padang (dan) pergi ke mana-mana sahaja yang telah diputuskan olej pemimpin,

“dan kita memilih dataran ini, kerana ada (sejarah) Batu Bersurat di Kampun Buluh menunjukkan sudah pun terlaksana hukum dan tamadun Islam,

“untuk menyemarakkan usaha Muslimat memenangi DUN Kuala Berang (seterusnya memenangi negeri Terengganu),”ujarnya

Beliau berharap kepada para Muslimat yang hadir pada Himpunan tersebut menghayati dan melaksanakan amanah serta mandate yang diberikan oleh pemimpin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis perasmian HIMMAT 2.0 di sini pada Sabtu, 26 Mac lalu.

Beliau mahu para Muslimat untuk meneruskan kerja-kerja ‘menyentuh jiwa’ masyarakat, supaya ia menjadi perhatian dan ingatan yang baik dalam hati mereka.

IMG-20160326-WA0046Justeru itu, katanya, budaya kerja jamaah, persefahaman dan perpaduan mestilah diamalkan disemua peringkat.

“selian Muslimin, Muslimat adalah penting dalam kerja-kerja kemasyarakatan (seperti contoh kerja) Skuad Khidmat Muslimat semuanya ‘touch up’ menyentuh jiwa masyarakat,

“dan untuk itu, budaya kerja kita hendaklah terus istiqamah dengan PAS dan apa pun yang berlaku kita tidak akan berganjak kerana kitalah yang akan mempelopori gerka kerja di semua peringkat,”tegasnya.

Katanya, semua peringkat mestilah menyusun kerja-kerja menghadapi pilhan raya umum kali ke-14 bermula dari sekarang.