KUALA TERENGGANU – PAS mencabar mana-mana pemimpin bukan Islam yang mengugut mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan, agar berbuat demikian sekiranya mereka berani.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat YB. Ustaz Satiful Bahri Mamat menganggap, tindakan beberapa pemimpin MCA dan MIC itu tidak akan dilaksanakan, kerana ia hanyalah satu ‘gertakan’ semata-mata.


“orang kafir jangan kiralah……..berapa orang (Menteri) dah nak letak jawatan………..moleklah………letaklah………..kita nak tengok (betul atau tidak), (tapi ia hanya) gertakan sahaja, kerana dunia ini menjadi matlamat mereka,”tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru PAS Terengganu 2016 di Markas Tarbiah PAS Kuala Terengganu pada Isnin 30 Mei.
ADUN Paka itu, turut mengulas tindakan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin yang mengarahkan para guru untuk belajar ‘tepuk tangan’, ekoran tiada sambutan terhadap ucapan Menter Besar pada Majlis Hari Guru Negeri minggu lalu.


“dulu sambutan hari guru……dia suruh ‘gotong royong’, dia nak suruh guru kerja pada hari guru…..macam-macam,”sindir beliau.
Sehubungan itu, beliau menyeru para guru PAS untuk memberi dorongan kepada anak generasi akan datang untuk menerima Islam dan syariat Allah.
“sampai satu peringkat dia boleh terima syariat Allah dalam keadaan redha, tidak sebagaimana hari ini (banyak) pandangan-pandangan individu yang terlalu kuat menentang dan mencerca hukum dan syariat Allah,
“kitalah orang yang akan memanfaatkan ruang dan kesempatan yang ada, media massa yang ada untuk membantu mempertahankan syariat Allah ini,”tambah beliau.


“Saya minta menteri daripada MCA, Gerakan dan MIC meletak jawatan dengan segera. Tidak perlu menunggu hari lain.
“Dasar muka tak malu. Menang pilihan raya atas ehsan undi Melayu dan mendapat kerusi Kabinet, langsung tidak bersyukur,”ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian setelah mengumumkan keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu yang kini memusuhi Islam, apabila menentang usaha memperkemas undang-undang syariah menerusi pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat, minggu lalu.


Beliau turut menggesa MCA dan Gerakan supaya keluar dari negara ini dan menubuhkan parti masing-masing di negara komunis.





























