Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA NERUS – Muslimat diseru memanfaatkan internet dan media sosial sebagai sumber penyebaran maklumat bagi tujuan dakwah dan menyebarluaskan pengaruh PAS.
Ketua Penerangan Muslimat PAS Terengganu Puan Maznah Muftahuddin berharap setiap kawasan dapat mengujudkan ‘laman’ masing-masing bagi tujuan tersebut.


“kita harap program pada pagi ini dapat dimaanfaatan sepenuhnya,”ujarnya.
Beliau berkara demikian ketika merasmika Program ‘FB Power’ yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat di Dewan Masjid Tok Jiring, di sini semalam 9 Februari.
Sehubungan itu, pembentang pertama yang juga seorang usahawan Shazali Mohamad berkata, pengguna internet hari ini adalah seramai 17.7 juta.
Katanya, purata seseorang akan melayari internet dan facebook selama 20 jam seminggu, menjadikan ia sebagai medium penerangan dan pemasaran yang efektif.
“ia tempat paling sesuai untuk memasarkan produk dan PAS adalah sebuah produk yang hendak dipasarkan dan konsep kerja pemasar produk adalah buat sampai jadi,
“jika PAS gagal bermakna kita yang gagal,”jelasnya.


“Kalau sebelum ini, dana pilihanraya kita keluarkan untuk beli bendera dan cetak poster, kini tiba masanya kita gunakan dana tersebut juga.
“untuk melanggan ‘facebook’ kerana 13 hingga 14 juta orang pengundi tengok fb,”katanya yakin.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Sazali Mohd Noor berkata, setiap pengendali (admin) bagi laman sosial parti perlu memperuntukkan masa harjannya bagi memberi fokus kepada kerja.
“Di dalam melaksanakan tugas sebagai ‘admin’, kita perlu istiqamah dan cuba memperuntukkan masa untuk mengemaskini maklumat supaya hanya yang terkini dipaparkan,”ujar beliau sewaktu menutup program.


























