Krisis Yaman; Media dan Kuasa Asing

1314

Oleh : Saifullah Hasbu

Hari ini seantero dunia diledakkan oleh bom jangka media dunia dengan berita serangan roket militan Houthi Yaman ke Mekah. Sehingga melenyapkan khabar kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh marhaen Yaman semenjak separuh dekad yang lalu. Seolah-olah, tiada apa yang berlaku di bumi Yaman.

Sedangkan sudah puluhan ribu penduduk Yaman telah menjadi korban dan ratusan ribu menanggung penderitaan hasil dari episod kerakusan serta kezaliman dalam perebutan kuasa politik yang berlarutan tiada penyelesaian itu.

sengketa yamanLihat bagaimana apabila media dunia yang didalangi musuh-musuh Islam menggunakan kuasa ‘mukjizatnya’, ia berkuasa menarik tumpuan seluruh dunia.

Ia malah mampu melupakan umat dunia tentang kezaliman Syiah Houthi saban hari memporak-perandakan Bumi Auliya Yaman dengan dokongan dan tajaan kuasa-kuasa asing yang memusuhi Islam.

Begitu juga saling tak tumpah halnya dengan legasi ketenteraan Saudi yang begitu ghairah menjadikan tanah Yaman sebagai medan tempur atas nama menentang kezaliman Houthi juga dengan ‘support’ kuasa asing yang didalangi pihak Amerika Syarikat.

Yaman ibarat si tikus yang sedang berada di tengah-tengah gelanggang perlawanan dua ekor gajah. Tersepit, terhimpit, dan terpalit.

Saifullah sampaikan sumbangan kepada MunirSecara tidak langsung isu perbalahan Sunni-Syiah diperbesar serta diapi-apikan. Mereka lupa bahawa mereka sudah dipapetkan oleh musuh-musuh Islam yang Zionis-Yahudi menjadi pemain ghaib paling utama.

Marilah seluruh umat Islam kita membuka mata dan minda, bahawa musuh utama kita adalah Zionis-Yahudi serta proksi-proksi halimunan mereka yang berada di mana-mana.

Usah kita menjadi bagai ‘lari dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau’ dengan menghamparkan karpet merah kepada pihak asing yang jelas memusuhi Islam untuk dijadikan tok hakim dalam kamar perbicaraan kita sesama muslim.

Semoga Islam akan berdaulat dan terus terbilang gemilang.

***Saifullah Hasbu ialah Pengarah Yemen Care, sebuah NGO bekas-bekas pelajar Yaman, yang telah peri menghantar bantuan ke negara bergolak itu, tahun lalu. Yemen Care sedang bersiap untuk menghantar bantuan kai kedua akhir tahun ini