Menurut PBB, penyerang masuk ke kawasan pelarian di wilayah Jonglei dan megejar orang awam, yang mungkin menyebabkan kecedearaan atau kenatian.
Jurucakapnya Farhan Haq berkata penyerang adalah dari kumpulan etnik kedua terbesar di Selatan Sudan, bermula pada Isnin lalu dan berterusan sehingga semalam pada hari Khamis.
“mungkin telah beberapa kematian tetapi tidak boleh disahkan berapakah jumlahnya pada peringkat ini.”ujarnya.
Pningkatan keganasan etnik telah menimbulkan kebimbangan kepada ketidakstabilan dalam negara itu
Menurut Farhan Haq perkembangan terbaru mengatakan keadaan di ibu negara, Juba, nampaknya telah tenang sedikit, tetapi beliau berkata laporan itu juga tidak disahkan.
Katanya, adavlaporan yang menyebut beberapa pelajar dibunuh oleh petugas keselamatan di Universiti Juba pada hari Rabu dan beribu-ribu orang telah mencari perlindungan dan menggesa PBB mengawal keselajatan.
Kumpulan tentera anti-kerajaan telah mendakwa mereka mengawal bandar ‘fashpoint’ di Bor.
Sehubungan itu, Presiden Salva Kiir telah mengadakan perbincangan di Juba dengan tujuh menteri kuar negara-negara Afrika Timur bagi mebcari usaya menamatkan konflik tersebut.
Ia merupakan inisiatif antarabangsa pertama sejak pertempuran meletus awa minggu ini.
“Kesatuan Afrika hingga sekarang bertemu dengan presiden, Mesej mereka ialah mereka cuba untuk broker damai di antara kedua-dua pasukan.”kata Ateny Wek Ateny, jurucakap Kiir,
Pertempuran antara pasukan yang setia kepada Riek Machar, bekas Timbalan Presiden Selatan Sudan, dan tentera kerajaan terus berlaku awal pada hari Khamis.
Anggota tentera telah hilang kawalan keats Bor kepada kuasa politik Riek Machar lewat pada hari Rabu, “kata jurucakap tentera Philip Aguer
Menurutnya, berlaku tembak menembak menembak malam Khamis, tetapi pihak tentera tidak mempunyai maklumat mengenai mangsa atau pelarian di bandar,
Ekoran keteganga itu, seramai 20,000 orang telah mencari perlindungan di kemudahan PBB di Juba, sejak pertempuran bermula pada hari Ahad,
Pada hari Selasa Amerika Syarikat mengarahkan rakyatnya untuk meninggalkan Sudan Selatan