Solidiriti Bersama Umat Islam Bangladesh

831

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: ” Sesiapa yang tidak memberi perhatian kepada urusan orang Islam maka dia bukan di kalangan mereka”.

Berasaskan kepada hadis ini Dewan Pemuda PAS Malaysia mengajak umat Islam di seluruh pelusuk negara untuk bersama-sama menyertai bantahan aman terhadap tindakan kerajaan Bangladesh yang telah menjatuhkan hukuman mati baru-baru ini ke atas As-Syahid Maulana Abdul Qadir Mulla, Penolong Setiausaha Agong Jamaat Islami Bangladesh.

Menurut Timbalan Ketuanya Ustaz Muhammad KhalilnAbdul Hadi bantahan aman ini akan diadakan pada Jumaat 20 Disember 2013, selepas solat jumaat secara serentak di masjid-masjid seluruh negara.

“Sila rujuk laman web dan facebook Dewan Pemuda PAS Negeri anda untuk maklumat lokasi perhimpunan.Kerahan turun beramai-ramai,”ujarnya pada satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, satu Himpunan Aman Mengecam Kezaliman di Bangladesh diperingkat negeri Terengganu akan dianjurkan sebaik selesai Solat Jumaat d Masjid Pengadang Baru.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mengerah semua ahlinya untuk menghadirkan dalam himpunanan tersebut.

“Semua Pemuda dikerah untuk sama-sama menyahut seruan ini. Ayuh……… tunjukkan solidariti kita bersama mereka dengan turun beramai-ramai,”seru Setiausahanya