Kita Pencipta Sejarah!

1952

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Semangat bekerja, dengan kesungguhan dan tekad yang kukuh serta azam yang kuat di jiwa, tidak mustahil bagi PAS mencipta sejarah kemenangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.

20161027_225749Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, jentera pilihan raya hendaklah bekerja lebih baik dengan jiwa yang kental dari kita semua.

“kerja kuat, bersemangat dengan tekad dan azam yang kukuh serta jiwa yang kental dari kita semua, in shaa Allah, kita mampu mencipta sejarah kemenangan,

“Walaupun kita berhadapan ada cabaran yang besar dengan adanya kem askar, polis dan macam- macam, termasuk beberapa kampung yang menjadi kubu kuat (Umno) di dunia ini, tidak menjadi halangan kepada kita,”tegasnya.

pelancaran jentera seberang takir5Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Kaki Ke-14 di Markaz Tarbiyah Islamiyyah Seberang Takir (Martis) pada Khamis malam, 27 Oktober.

Katanya, ia tidak jadi halangan kerana dalam pilihan raya yang lepas empat daripada enam peti undi, telah dimenangi PAS, termasuk peti undi di kampung Menteri Besar sendiri.
“Itu (kejayaan yang) kita telah cipta, kita perlu menang di peti-peti undi yang lain lagi, selain mengekalkan empat yang telah kita menangi.”

“Apatah lagi undi Tok Jembal dan Kubang Badak terdapat sebahagian besar golongan elit dan terpelajar yang akan lebih mudah untuk mereka menerima kefahaman dan menyokong kita,”jelasnya.

pelancaran jentera seberang takir4Sebelum dari itu beliau menegaskan, kehadiran semua petugas pada malam ini sudah tentu akan dapat banyak input dan sekaligus suntikan semangat daripada pempinan negeri yang hadir.

Katanya, sebagai anggota di peringkat bawah, yang menerima amanah besar itu, perlu menyempurnakannya dengan baik, tanpa bertangguh atau berdalih dengan alasan dan membuang semua sikap negatif itu.

“Malam ini ada kesemua cawangan, dua cawangan baru dalam proses penajaan hadir.”

“Balik ke cawangan masing-masing membawa tugas besar untuk kita gerakkan kerja-kerja di hadapan kita dengan ikhlas dan amanah,”ujarnya.

pelancaran jentera seberang takir2Menurut beliau lagi walaupun sejak PRU 1 pada tahun 1959 hingaa PRU 13, kita tidak pernah menang walaupun sekali,akan tiba jua waktunya PAS akan menang.

Justeru, tanpa menoleh kebelakang, para petugas perlu bersungguh dengan kerja hari ini yang akan dilihat hasilnya oleh anak cucu pada masa akan datang.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahari Mamat yang menyerahkan bendera PAS, kepasa ketua-ketua peti undi.

pelancaran jentera seberang takir3Sebelum pada itu di sebelah petangnya program ziarah penduduk dan program beramah mesra pemimpin telah diadakan dengan penduduk kampong.

Turut hadir memberi semangat kepada jentera ialah Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Negeri Terengganu merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Dr Alias Razak, TPJ 2 Tuan Haji Yahya Ali dan Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyidin Abdul Rashid.