Kemunculan Hekmatyar Disambut Dengan ‘Perasaan Bercampur’

1829

Selepas dua dekad bersembunyi, pemimpin Hezb-i-Islami Gulbuddin Hekmatyar kembali ke Kabul pada hari Khamis, merayu untuk keamanan dan ketibaan beliau dialu-alukan oleh kerajaan Afghanistan di istana presiden.

Kemunculan komander kontroversi itu ekoran sebahagian besarnya anggotan kumpulannya tidak lagi aktif dan beliau telah menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Presiden Ashraf Ghani pada September lalu.

Bekas Perdana Menteri itu, adalah komander anti-Soviet yang terkenal pada 1980-an dan menghadapi tuduhan membunuh beribu-ribu orang dari 1992 hingga 1996.

Hekmatyar diiringi oleh konvoi berpuluh-puluh ‘trak pikap’ putih membawa lelaki bersenjata dan berselimutkan bendera Afghanistan melalui jalan utama Kabul, membawanya dari Jalalabad, bandar timur di mana beliau menetap untuk hari-hari kebelakangan ini.

Memanggil bekas sekutunya di Afghanistan Taliban sebagai ‘saudara’, Hekmatyar berucap di istana presiden, menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dapat membawa keamanan .

Itu, katanya, akan manjadi justifikasi mengeluarkan kehadiran tentera asing di Afghanistan.

“Isu yang paling penting bagi saya adalah untuk menamatkan perang ini dan menyelamatkan negara daripada krisis,” kata Hekmatyar, menyeru negara-negara jiran seperti Pakistan dan Iran tidak mengganggu.

Pemimpin Hizb-i-Islami berkata beliau telah menerima perlembagaan yang digubal berikutan kempen yang diketuai AS yang menggulingkan Taliban pada tahun 2001, tetapi mahu ia dipinda kerana katanya, sistem parlimen tidak wajar untuk Afghanistan.

“Saya tidak di sini untuk perkongsian. Saya tidak mempunyai syarat-syarat, saya tidak mahu kementerian,” kata Hekmatyar.

Taliban tidak menunjukkan sebarang tanda menerima apa-apa perkiraan dengan Hekmatyar, tetapi bagi pihak kerajaan Ghani mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menerima tawaran itu dan berkata rakyat Afghanistan mahukan keamanan dan kemakmuran.

“Kami telah berjanji kepada negara bahawa kita akan membuka jalan untuk keamanan dan hari ini merupakan langkah penting telah diambil,” kata Ghani.

Panggilan Hekmatyar untuk perdamaian telah menggesa Taliban untuk datang ke meja rundingan.

“Jika anda meletakkan senjata anda dan datang ke hadapan, saya akan menjadi orang pertama untuk menghubungi anda saudara saya. Kepada Taliban, [Aku berkata] tampil ke hadapan,

“mari kita bercakap tentang keamanan dan kemakmuran, dan menyertai kami dalam proses damai ini di Afghanistan , ” katanya pada Sabtu lalu.

Tetapi di Kabul – di mana poster wajahnya telah ditampal di seluruh bandar, dengan banyak telah segera dirosakkan oleh lawan menunjukkan kemunculan Hekmatyar telah ditunggu-tunggu dengan perasaan bercampur-campur.