Keluarga Norizan Disemadikan Dalam Liang Yang Sama

1179
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/4%20org%20se%20liang.jpg

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Haji Hanafiah Mat  mengucapkan takziah kepada Norizan serta bersanbar menghadapi ujian yang menimpa keluarganya itu.

“Kita mengucapkan takziah atas tragedi yang menimpa dan berharap Norizan bersabar menghadapi ujian daripada Allah SWT ini,”ujar Hanafiah yang berada di Hospital Kemaman ketika ditemui semalam.

Sehubungan itu, jenazah empat orang sekeluarga yang meninggal dalam kemalangan itu; Noran Ali, 39, Nursyazleen, 12, Nur Syardiena, 9, Nurkhairatul, 4, disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Jabur, Chukai.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/Hanafiah%20hospital%20kemaman.jpgDalam kejadian pada jam 4.30 pagi Rau 10 Oktober, enam dari lapan orang telah terkorban dalam kemalangan apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 129 Jalan Kuantan-Terengganu dekat Meraga Beris.

Sementara tu, dua orang keluarga angkat Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar yang turut meninggal dunia dalam kemalangan ngeri itu, disemadikan masing-masing di tanah perkuburan yang sama dan seorang lagi di Kampungnya di Bukit Mentuk.

Dua lagi anak Norizan, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Norizan dilaporkan media berkata, beliau tidak menyangka permohonan maaf dari isteri dan anak-anaknya adalah ungkapan maaf terakhir.

“Kali terakhir saya menelefon isteri saya pukul 7 malam semalam, masa itu isteri saya masih dalam rumah lagi dan meminta maaf atas apa-apa kesalahannya serta anak kerana hendak berjalan jauh ke Kuala Terengganu.

“Memang menjadi adat kami sebelum keluar ke mana-mana, isteri dan anak salam cium tangan saya minta maaf,” katanya kepada pemberita .