“Saya pakai tudung sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya saya ingat mahu mula pakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati lebih awal. Bila lagi saya kena pakai jika tidak sekarang. Umurpun sudah masuk 40 tahun.
“Selain sibuk mengarah, saya juga sibuk menguruskan anak-anak. Jika dulu saya mempunyai pembantu rumah tetapi sejak lima bulan lalu saya sendiri yang menjaga ketiga-tiga anak iaitu Noor, 8, Zain, 6 dan Zahra, 3,” ujar Melissa ketika ditemui media di retoran pasta dan piza Italiannies, pusat beli-belah Paradigm, Selangor.
Syukur Alhamdulillah… ia merupakan perkembangan yang baik buat Melissa dan keluarga. Moga langkah Melissa itu akan turut diikuti oleh orang yang paling dekat dengannya nanti. Amin!