Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender(LGBT) tidak boleh diberikan ruang untuk menuntut hak asasi atau menyebarkan gaya hidup yang melanggar batas fitrah manusia.
Ketua Penerangan PAS Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh berkata, tetapi mereka tetap perlu didekati untuk dibimbing, mudah-mudahan mendapat hidayah daripada Allah.
“Musuh-musuh Islam merancang untuk ‘mengoyak Al-Quran’ dari dada-dada umat Islam”
“supaya umat Islam hilang jati diri, antaranya melalui LGBT, kurikulum pndidikan dan lain-lain lagi”, jelas beliau.
Hazri menerangkan demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Bicara Ad-Din: LGBT Ancaman dan Cabaran Masa Kini di Surau Muhajirin Taman Murni Perdana, Paka di sini pada 30 Oktober.


Beliau seterusnya mengingatkan kerosakan pasti berlaku sekiranya ajaran agama dan nilai-nilai kemanusiaan diabaikan walaupun maju dari segi kebendaan contohnya kerajaan firaun.
“Perutusan para rasul a. s untuk mendidik manusia supaya kenal Allah dan hidup dalam sistem yang berakhlaq”, terangnya lagi.
Justeru itu tambahnya umat Islam diseru supaya memahami dan menghayati sirah Rasulullah saw sebagai panduan hidup.
Program anjuran Lajnah Dakwah, Kebudayaan dan Kesenian, Muslimat Dungun itu adalah siri ceramah Bicara Ad-Din ke setiap Dewan Undangan Negeri(DUN) di kawasan Dungun.




























