Isu Kalimah ALLAH Sudah Selesai

1272
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/PC%20Datuk%20Tuan3.jpg

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana pihak yang memperbesarkan isu itu dilihat hanya kerana ingin mengalih isu lain.

Menurutnya apabila keputusan sudah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS, pimpinan parti mesti mendokongi keputusan yang dibuat dan tidak boleh bercanggah dengan Majlis Syura.

Menurutnya, nama-nama yang diberikan kepada manusia pun tidak diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain, apatah lagi nama ALLAH yang khusus dan satu.

“Kita tidak mencampuri agama lain, bahkan kita mempertahankan prinsip beragama. Cua kalau kalimah Allah nak diterjemahkan….itu tak tetapt….tak boleh….contoh (orang yang ber)nama Ali……nama Karpal Singh…….nama Lim Guan Eng……contohnya ,

“kalau nama Ali dalam mana-mana bahasa pun tetap (orang akan panggil) Ali, orang Melayu sebut Ali dalam bahasa Cina atau India pun tetap orang panggil Ali, begitu juga Karpal Singh dan Lim Guan Eng (mana-mana bahasa akan sebut nama itu sepertinya),

“apatah lagi kalau nama ALLAH! maknanya kalau nama kita pun tidak diterjemah, apatah lagi nama ALLAH?,”jelasnya dalam sidang media di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu di Kualai Ibai dekat sini pada Jumaat  25 Januari.

Beliau berkata, masyarakat harus sensitif dengan agama dan PAS  mempertahankan prinsip beragama serta tidak akan mengganggu mana-mana agama lain, sebagaimana kita minta mereka tidak mengganggu agama kita.

“Prinsip agama kita kena pelihara kerana ia teras keamanan. Kita kena fikir tiga perkara iaitu isu agama, bangsa dan isu hak. Sepertimana kita pelihara dan pertahan orang Melayu, jaminan orang Melayu dan sebagainya isu bangsa,” katanya

Sehubungan itu, katanya, tidak ada percanggahan antara kenyataan Presiden PAS dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

Beliau berkata, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini, secara umum dan  tidak spesifik kepada soal terjemahan kalimah ALLAH tetapi menegaskan, jangan salahgunakan nama ALLAH.

Sebaliknya, kata beliau,  keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak, lebih khusus dan spesifik berkaitan samada boleh atau tidak menterjemahkan perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ itu kepada kaimah Allah.

Jelasnya, PAS berpegang bahawa orang bukan Islam boleh menyebut kalimah ALLAH, tetapi tidak boleh menterjemahkan God atau Lord kepada Allah.

“Kita tidak bersetuju kerana kalimah ALLAH tidak boleh diterjemah. Tiada satupun bahasa di dunia ini yang boleh terjemah kalimah ALLAH. Kalau mereka nak sebut, terpulang pada mereka, kita tidak ada kuasa untuk melarang (mereka menyebut kalimah ALLAH),

“Tetapi apabila mereka nak terjemah, tidak boleh. Seperti dalam lagu negeri, kebanyakannya ada nama ALLAH. Kalau kita larang, mereka tidak boleh menyanyi lagu negeri. Kita tidak ada kuasa untuk melarang, kalau mereka nak sebut, kita tidak ada kuasa nak menghalang,” katanya.