Hiburan Islam Menjaga Batas Syarak

1296

MARANG – Kaedah dakwah adalah luas dan salah satu caranya ialah menerusi hiburan yang dibenarkan oleh hukum syarak.

Pengerusi Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan Dewan Muslimat PAS Marang ,Puan Fatumah Mohamad berkata Islam menolak terus hiburan dan para ulamak telah menetapkan garis panduan untuk berhibur.

IMG_20160211_212350”ia salah satu wadah untuk kita menarik golongan muda supaya mereka tidak dibuai dengan hiburan yang melalalaikan dengan memuja artis sehingga menjatuhkan aqidah.

“Kami mengharapkan bidang seni Islam sebagai alternatif dakwah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di majlis Pertandingan Nasyid AMEERAH yang berlangsung di Bangunan PAS Marang pada Selasa, 9 Februari.

“Memandangkan masyarakat terutamanya remaja masih kurang memahami batas-batas hiburan di dalam Islam maka Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan,

“cuba menengahkan hiburan yang tidak melanggar syariat iaitu dengan mengadakan Pertandingan Nasyid,”tambanya.

Sehubungan itu, kata beliau, dengan adanya pertandingan tersebut, anak-anak remaja perempuan dikumpulkan dalam ruang tertutup, yang dapat menjaga aurat mereka.

Secara tidak langsung, katanya, ia mendedahkan kepada mereka batas-batas syarak kerana kaum lelaki tidak dibenarkan berkeliaran di sekitar kawasan pertandingan dijalankan.

Sebanyak tujuh kumpulan yang mewakili empat DUN di dalam kawasan Marang telah bertanding dan Kumpulan Soutul Jannah IMG_20160211_212134daripada Pengkalan Berangan telah dinobatkan sebagai juara.

Para juri terdiri daripada anggota Jawatankuasa Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) diketuai oleh Pengerusinya Pan Masilah Mariam Muhammad.

Turut sama menyaksika pertandingan itu ialah Timbalan Ketua DMPNT yang juga Ketua Muslimat PAS Marang, Zaroni Othman.