70 Anggota Amal Terengganu Pastikan Kelancaran Minggu Al-Quds

297

MARANG – Seramai 70 anggota Jabatan Amal Terengganu berperanan penting dalam memastikan kelancaran program Minggu Al-Quds Sedunia 2026.

Ketua Jabatan Amal Terengganu, Mohd Hasmizie bin Hasan, berkata, mereka bertugas mengawal lalu lintas, menjaga keselamatan peserta dan memastikan setiap aktiviti berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Tugas ini termasuk memantau kawasan program, membantu pengurusan peserta dan menyediakan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Hasmizie bin Hasan,

Menurut Mohd Hasmizie, persiapan rapi dilakukan sebelum program bagi memastikan semua anggota memahami peranan masing-masing.

“Kami menekankan disiplin, kerjasama, dan kesedaran keselamatan supaya peserta dapat mengikuti program dengan tenang dan selamat,” ujarnya.

Program Minggu Al-Quds Sedunia 2026 yang berlangsung di Rusila itu dihadiri pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh kawasan Dalam negeri Terengganu.