Harta 89 Anggota Ikhwan Dirampas

126

Sebuah mahkamah Mesir telah memutuskan penyitaan dan perampasan aset seramai 89 anggota Ikhwanul Muslimin, termasuk almarhum Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Akhbar al-Youm milik kerajaan melaporkan, Mahkamah untuk Perkara-perkara Mendesak di Kaherah memerintahkan arahan tersebut kepada semua termasuk pewaris Morsi dan memindahkannya ke perbendaharaan negara.

Keputusan itu merangkumi pemimpin tertinggi kumpulan itu, Mohamed Badie, Timbalannya, Khairat al-Shater, dan pemimpin lain, termasuk Mohamed Beltagy, Abdel-Rahman al-Bar, dan Ahmed Diab, serta dua menteri semasa pemerintahan Morsi; bekas Menteri Belia Osama Yassin dan bekas Menteri Bekalan Bassem Ouda.

Akhbar harian itu menambah, suruhanjaya yang dibentuk negara, ditugaskan untuk merampas aset kumpulan tersebut, membawa kes itu ke mahkamah.

“bahwa dalam kes terbabit, meminta menteri kehakiman, kepala Pendaftar Tanah dan ketua Bank Pusat untuk memindahkan aset yang disita ke kas negara,” lapor akhbar itu lagi.

Bagaimana pun, pihak Ikhwan masih belum memberi komen mengenai keputusan yang tidak jelas sama ada muktamad atau boleh dirayu.

Ikhwanul Muslimin dibentuk pada tahun 1928, dan setelah rampasan kuasa tentera di Mesir pada bulan Julai 2013, kumpulan itu dilarang dan kebanyakan pemimpinnya ditangkap, termasuk mendiang Presiden Morsi yang pertama kali dipilih secara demokratik di Mesir. AA