Ikhtiar PAS Putuskan Rangkaian Covid-19

110

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengambil langkah ikhtiar, bermunajat dan menyeru oramg ramai agar melakukan solat hajat bagi memutuskan rangkaian penularan Covid-19.

Setiausahanya, Haji Muhyidin Abdul Rashid berkata, arahan telah dikeluarkan agar semua peringkat, seluruh jentera parti melazimi amalan tersebut dan sepanjang tempoh PKP.

“solat hajat setiap malam dan membaca ‘qunut nazilah’ dalam setiap solat fardu lima waktu setiap hari, sepanjang tempoh PKP,

“kita bersama-sama mendoakan agar Allah melindungi kita semua daripada jangkitan wabak ini dengan dikurniakan selamat sejahtera dan sihat walafiat,” ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar berkata demikan melalui satu kenyataan rasmi pada hari ini, Sabtu, 23 Januari.

Usaha itu diambil, berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan pandemik maut itu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terengganu mencatatkan sejumlah 178 individu semalam dan 131 kes pada hari ini telah dijangkiti oleh virus tersebut.

Perintah PKP telah dikuatkuasakan di negeri ini bermula 22 Januari hingg 4 Februari, 2021, yang sebelumnya diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).