SETIU – Kejatuhan harga getah menyebabkan para penoreh semakin hari semakin tersepit dalam menjalani kehidupan seharian dengan tekanan kenaikan harga barangan dan makanan.
Seorang penduduk Kampung Gong Nangka, Jabi, Kemara Mamamt atau lebih dikenali sebagai Mok Teh berkata, seorang penoreh getah mengeluh apabila kerajaan membeli getah dengan harga yang murah iaitu RM 2.05 sekilogram.
“Kehidupan seorang penoreh getah susah dengan main harga getah murah dan nilaian harga RM 2.05 sekilogram nak beli apa,
“Menoreh dalam dua tiga hari seminggu dapat RM 30 dan duit tersebut bahagi dua dengan tuan tanah pula,”katanya.
Katanya, sekiranya cuaca mengizinkan penoreh getah akan menjual pot getah seminggu sekali kalau sekiranya hujan akan dijual dua minggu sekali dan hasil jualan tersebut akan dibahagi dua dengan tuan tanah.
“Pendapatan sebulan kadang-kadang tidak sampai RM 200 dengan tanggungan anak cucu yang ramai,
“Pagi-pagi hari turun cerah dok cerah tanah pergi menoreh doh tapi tak padan boleh,
“Nak kerja lain moga tiada pilihan maka pergi menoreh juga,”ujarnya kesal.
Justeru, beliau berharap agar pihak kerajaan menaikkan harga getah yang paling minima ialah RM 4 sekilogram.