Hakisan Pantai Tok Jembal ‘Merebak’, Penduduk Tambah Bimbang

1415

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/hakisantokjembal2.JPGIa adalah kerana fenomena ombak musim tengkujuh yang akan berlaku pada tahun ini, dijangka lebih besar dan kuat daripada yang berlaku pada tahun lalu.

Dua penduduk tempatan yang ditemui mengatakan mereka tidak yakin kerja-kerja penambakan dan pengawalan hakisan yang telah dilakukan akan menyelesaikan masalah tersebut.

”Tahun ini, tak tahulah kita, tahun lepas sampai depan tu dah, tahun ini kemungkinan (keadaan menjadi) teruk lagi,”kata salah seorang dari mereka, ketika tinjauan dibuat ke lokasi berkenaan baru-baru ini.

”(Nak buat macamana) tak tahulah, hok ni tak selesai sokmo,”jawab seorang lagi anak muda Kampung Tok Jembal ketika temubual spontan dengan Buletinonline.

Pada 8 November lalu, sebuah akhbar tempatan merakamkan kebimbangan penduduk kampung terbabit apabila hujan lebat dan angin kencang berlaku tanpa henti sejak musim tengkujuh bermula awal minggu lalu.

Berikutan itu, mereka terpaksa menutup laluan pesisir pantai dari lapangan terbang menuju UMT ekoran hakisan pantai yang semakin merebak.

Sekiranya pihak-pihak berkenaan tidak mengambil langkah yang drastik menyelesaikan masalah tersebut, ia akan memberi kesan kepada kehidupan penduduk setempat.
 
“Siapa yang tidak bimbang setelah kawasan tempat tinggal diancam masalah ini (hakisan), tambahan pula ia turut memberi kesan kepada keindahan pantai yang sememangnya dikunjungi ramai.

Justeru itu, kami berharap agar semua pihak mengambil langkah lebih proaktif untuk mengatasi masalah hakisan pantai daripada terus menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk, terutamanya golongan nelayan di sini,’kata Che Rani Abdullah, 37 kepada akhbar tersebut.

Pada 5 Februari lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengadakan lawatan mengejut setelah menerima laporan, jalan pesisir pantai tersebut hampir putus akibat hakisan.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/hakisantokjembal1.JPGDifahamkan, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk menambak kawasan kiri dan kanan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, bagi mengawal hakisan yang berlaku.

Namun begitu, tiada siapa yang menjangka tabiat fenomena alam, apatah lagi apabila keadaan semulajadi laut China Selatan telah dicerobohi dan diubahsuai bagi tujuan memanjangkan landasan.

Pemanjangan sejauh satu kilometer landasan terbang dari pantai menganjur ke laut, didakwa menjadi punca hakisan pantai.

Pada 28 Februari, ahli parlimen Kuala Nerus Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata satu kajian akan dibuat bagi mengenalpasti punca hakisan.

”Saya tidak dapat memberikan apa- apa ulasan lanjut kerana saya masih tidak mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian ini.

”Kajian juga perlu dijalankan bagi mengenal pasti puncanya bagi membolehkan kita mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Diminta mengulas lanjut berkaitan hakisan pantai sejak Disember lalu, Mohd. Nasir memberitahu, sebelum ini, penduduk Kampung Tok Jembal turut mengadu masalah tersebut kepadanya.

”Antara aduan dan kebimbangan yang saya terima ialah penambakan pantai untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud telah menyebabkan kejadian hakisan berkenaan.

”Penambakan pantai tersebut juga mungkin menjadi penyebab kenapa kejadian itu berlaku kerana secara logiknya apabila kita mengubah sesuatu ekosistem itu, ia akan mempengaruhi ekosistem di sekitarnya,” ujarnya.

Namun, sudah setahun berlalu, berjuta ringgit telah dibelanjakan, musim tengkujuh kembali dan hakisan terus merebak, kajian Mohd Nasir masih belum nampak?


http://www.youtube.com/watch?v=GZC2HWsbiZY