Hakim Persekutuan Batalkan Perintah Trump

2269

Seorang hakim persekutuan di Seattle telah mengarahkan penangguhan penguatkuasaan arahan eksekutif kontroversi Presiden Trump yang melarang perjalanan ke atas rakyat dari tujuh negara yang majoritinya beragama Islam, ke Amerika Syarikat.

Hakim Daerah AS James Robart memerintah petang Jumaat memihak kepada Washington Peguam Negara Bob Ferguson yang menyaman kerajaan AS pada minggu ini untuk membatalkan peruntukan utama perintah eksekutif Trump.

Sebelum itu pada 30 Januari lalu dilaporkan Seorang hakim persekutuan menolak sebahagian perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkaitan sekatan kemasukan sementara imigran ke negara itu.

Hakim Daerah AS, Ann Donnelly itu turut mengarahkan supaya pihak berkuasa menghentikan tindakan menghantar balik pelarian dan pelancong yang terperangkap di lapangan terbang seluruh AS.

Keputusan itu seiring tindakan orang ramai berkumpul di beberapa lapangan terbang utama AS bagi membantah larangan itu.

Sementara itu, seorang lagi hakim persekutuan di Virginia juga mengeluarkan perintah sementara selama tujuh hari bagi menghalang pihak berkuasa imigresen mengusir penduduk-penduduk tetap sah yang ditahan di Lapangan Terbang Dulles dekat sini, menurut laporan media AS.

“Kejayaan!!!.
“Mahkamah kita p
ada hari ini berfungsi dengan tepat sebagai tembok pelindung terhadap kekejaman kerajaan atau polisi dan dasar yang tidak mengikuti perlembagaan,” demikian catatan Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) dalam mesej melalui Twitter selepas hakim berkenaan mengumumkan keputusannya.

Sebelum ini, peguam mewakili ACLU mencabar keputusan kerajaan AS pimpinan Trump berhubung perintah itu.

Perintah eksekutif Trump yang ditandatangani Jumaat lalu menggantung kemasukan pelarian dan menyekat visa pelancong dari tujuh negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Tujuh negara itu ialah Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen.

Langkah yang dikuat kuasa serta-merta oleh pihak berkuasa AS sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran yang dilaporkan berlaku di lapangan terbang di bandar Washington, Chicago, Min­neapolis, Denver, Los Angeles, San Francisco dan Dallas.