Gaza Bakal Diserang Teruk

1279
Pusat Kuarantin Gaza

Dengan keadaan serba kekurangan Semenanjung Gaza dijangka tidak dapat bertahan dan akan diserang teruk oleh pandemik COVID -19.

Jurucakap Media Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf AlQudra berkata, Gaza menghadapi 48 peratus ketidakcukupan ubat-ubatan dan jumlah kemudahan serta peralatan kesihatan yang sangat sedikit.

“Kami hidup dalam situasi yang sangat teruk, hanya mempunyai 70 katil ICU dan 65 alat bantuan pernafasan.

“Bekalan bank darah yang sedikit memerlukan bantuan dan inisiatif kemanusiaan daripada seluruh dunia,” jelasnya dalam satu kenyataan pada 8 April.

Oleh itu, beliau menyeru semua pihak yang prihatin dapat menyalurkan bantuan kepada wilayah terkepung itu.

Sehubungan itu, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gaza, Dr Abdil Nasser Sobh berkata, rantau tersebut telah lama menghadapi suasana yang genting.

“Gaza mempunyai sangat sedikit kemudahan dan sumber manusia yang terhad sejak berdekad lamanya kerana kekurangan pembiayaan dengan kakitangan dengan dibayar sangat sedikit upah.

Menurut laporan media, Gaza sedang melaksanakan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) akan memberi kesan kepada ekonominya yang telah meruncing sebelum ini.

Kebanyakan premis perniagaan ditutup dan orang ramai diarahkan duduk di rumah masing-masing.

Agensi berita Xin Hua melaporkan satu kes baru jangkitan Corona Virus telah dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 13 orang yang dijangkiti oleh virus maut itu.

Bagaimanapun sejak 5 Mac lalu, enam kes positif Covid-19 telah pulih dan seramai 632 orang majoriti yang pulang dari luar negara telah menamatkan 21 hari masa kuarantin mereka.