‘Drawbridge’; Musnahnya Legasi Warisan Pesisir Air – Bahagian 1

4025

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Pembinaan Jambatan Angkat ‘Drawbridge’ benar-benar memberi kesan kepada banyak pihak.

Ia merugikan negeri dalam jangka panjang kerana ia menutup secara kekal segala potensi masa hadapan muara Sungai Terengganu yang indah itu, dalam pelbagai peluang ekonomi.

Sejarah ratusan tahun Kuala Terengganu menjadi gemilang sebagai bandar maritim, pelabuhan, pusat pelayaran, tumpuan pedagang, sejak sekian lama.

Agensi kerajaan yang mengawal perlesenan bot dan kapal bagi seluruh wilayah pantai timur ia dikawal ialah Jabatan Laut dan pejabat Wilayah itu, di pinggir sungai dekat muara, di Kuala Terengganu.

Di situlah juga bot dan kapal-kapal Jabatan Laut pelbagai saiz ditempatkan.

Bagi Jabatan Kastam DiRaja pula, menjaga sempada negara dan melaksanakan operasi pencegahan penyeludupan di laut.

Kemudahan keluar masuk ke lautan, memerlukan Jabatan Kastam menempatkan aset pencegahan terdiri pelbagai kapal peronda, bot juga di muara Sungai Terengganu.

Oleh sebab itu bangunan Ibu pejabat Kastam Terengganu kedudukannya ditepi Sungai Terengganudan di situlah pejabat Pengarah Kastam Terengganu.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) adalah tenaga kerja penguatkuasaan yang mempunyai pangkalan besar di Muara Sungai Terengganu.

Ia jua mempunyai bilangan kapal kapal peronda yang banyak berpangkalan di Pulau Kambing juga di tebing Sungai Terengganu.

Kapal-kapal nelayan laut dalam yang yang melanggar peeraturan dan undang-undang, ditahan, dirampas dan ditunda serta ditempatkan di pangkalan APMM sebelum mahkamah memutuskan sesuatu tindakan.

Agensi lain seperti Polis Marin, Jabatan Perikanan juga mempunyai bilangan kapal dan bot yang banyak, yang juga di letakkan di muara sungai Terengganu.

Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Air Terengganu (SATU) dan lan-lain agensi yang sering berurusan dengan pulau-pulau di perairan Teremggan, tidak kurang juga bot dan kapal, yang diletakkan di muara sumgai Terengganu juga.

Oleh itu, Drawbridge yang sedang dibina sekarang adalah dilema yang ditanggung oleh semua jabatan-jabatan kerajaan dan agensi terbabit.

Selain itu, ‘komuniti’ perikanan juga terjejas.

Jeti Perikanan Lembaga Kemanjuan Ikan Malaysia (LKIM) di Pulau Kambing adalah tumpuan bot bot nelayan mendaratkan hasil perikanan dari laut.

Sungai yang semakin cetek, kesan dari pelbagai kerja penambakan dan proses pembinaan drawbrige memberi kesan kepada pergerakan kapal-kapal nelayan laut dalam.

Prospek penggunaan kapal nelayan berteknologi moden seperti di negara-negara perikanan yang maju tidak boleh dibawa ke Kuala Terengganu pada masa hadapan.

Para nelayan di kawasan Kuala Terengganu akan kekal ditahap semasa dan terpaksa berpuashati setakat jenis bot yang ada sekarang.