Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Menemui mangsa musibah sebaik mendengar berita buruk itu, adalah sangat bertepatan dengan kehendak ‘Khidmat Malaysia’.
Sebaik selesai Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia Siri Kedua (HEBAT 2.0) di Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan selesai, apabila rebut kuat melanda beberapa kawasan sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman
Oleh itu pemimpin sejajar dengan Khidmat Malaysia mangsa musibah itu segera dikunjungi oleh pemimpin kawasan terbabit.
“Wajar untuk kita turun berjumpa mangsa musibah ini biarpun tidak mampu membantu banyak tetapi sekadar bertanya khabar,
“dan menyampaikan sedikit sumbangan itu sudah cukup menyenangkan hati mangsa ribut ini,” ujar Pengarah DUN N13 Wakaf Mempelam Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.


Seorang mangsa yang ditemui mengucapkan terima kasih atas kunjungan ;semerta’ pemimpin PAS itu.
“Saya terharu atas kunjungan ini dan ucapan terima kasih banyak kepada PAS Wakaf Mempelam.
” Terima kasih banyaklah. Mari jugak, jenguk kita walaupun dah lewat petang,” kata Haji Ismail bin Deraman.
Beliau berkata, 12 keping atap di tengah rumahnya diterbangkan angin ketika beliau sedang berada di di dalamnya, lebih kurang pukul 3 petang.
Rumah yang beliau diami bersama anak dan cucunya, bocor akibat angin kuat itu.
Dalam kejadian itu, dua buah rumah lagi adalah di Kampung Teluk Paku, termasuk milikTengku Hindazari, turut rosak.


“dia tiada di rumah kerana ke Kuantan menziarahi keluarga yang sakit saya ketika kejadian berada di rumah bersama anaknya,
“makcik tak dapat berbuat apa apa, hanya sempat melarikan diri keluar dari rumah ketika melihat atap terbang di bawa angin,” jelas ibu Hindazari ketika di temui di tempat kejadian.
Turut berada di lokasi kejadian ialah ketua cawangan Teluk Paku, Ku Nuar Ku Bisnun, yang segera memasang kanvas menutup sementara atap ‘yang lopong’ bagi mengelakkan lantai basah bersama beberapa Pemuda cawangan Kampung tersebut
Mengiringi Ustaz Wan Sukairi yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu ialah Ketua UPU Wakaf Mempelam saudara Mudzaffar Ali, Bendahari Mat zaid Ahmad dan juga Ketua Pemuda DUN Wakaf Mempelam, Mohd Fakrurrozi M.Noor.




























