Melanda Tiga Daerah; Lebih 150 Rumah Rosak

2272

KUALA TERENGGANU – Lebih 150 buah rumah telah rosak teruk apabila melanda ribut yang melanda beberapa daerah di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, YB Ustaz Ariffin Deraman berkata, kejadian angin kencang yang berlaku selama kira-kira 20 minit pada kira-kira jam tiga petang semalam itu, telah menyebabkan lebih 100 buah rumah penduduk dalam DU tersebut rosak teruk.

“Paling banyak kerosakan rumah di Kampung Pusu Tiga. Ada rumah yang tercabut 100% atapnya.

“Antara kampung yang terlibat Kampung Kubang Panjang, Kampung Pengkalan Setar, Kampung Sgading Che Hasan, Kampung Gelugur, Kampung Padang Midin, Kampung Gong Pipit, Kampung Pengadang Baru, Kampung Baru Katong, Kampung Banggol Durian, Kampung Kepong dan beberapa buah kampung lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian angin kecang yang berlaku petang semalam, Ahad, 22 Oktober.

Menurutnya, pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) Alor Limbat telah melancarkan derma kilat mangsa ribut yang melibatkan berpuluh-puluh buah rumah dan keluarga.

“Saya merayu seluruh masyarakat untuk membantu mangsa ribut. Kepada semua Cawangan, surau dan masjid harap dapat mula buat kutipan derma kilat,” kata beliau.

Semua sumbangan boleh diserahkan ke Pusat Khidmat (Tengku Wafi) @ terus ke Akaun Dana Kebajikan Dun Alur Limbat (Bank Islam – 13017018286387).

Selain Marang, Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Ramlan Mahmood berkata sebanyak 47 buah rumah ddalam DUN Kijal turut dubasai

Menurut beliau sekurang-kurangnya lima buah rumah kritikal kerana ditimpa pokok yang tumbang dibadai anging kuat

“anyara lokasi yang teribat ialah (ribut) berlaku di Kampung Pondok limau, Kampung Padang Kemunting dan Kampung Jong Berlaboh dekat pekan Ibok,” ujarnya ketika dihubungi.

Sementara itu, kata beliau, Yang Dipertua PAS Kemaman Ustaz Alias Abd Hamid dan  Pengarah PAS DUN tersebut Ustaz Hazri Jusoh mengambil tindakan segera memziarah penduduk terbabit.

Di Kuala Terengganu, antara kampung yang dilanda adalah Kampung Wakaf Mempelam dan Teluk Paku dalam DUN Wakaf Mempelam.

Tidakan segera memberi bantuan bagi meringkan beban penduduk telah diambil inisiatif oleh YDP Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukari Wan Abdullah.

Sementara