Bekas Pelarian, Kaum Keluarga Kuasai Tanah Kampung Paya

2874

DUNGUN – Dua puluh dua tahun yang lalu, tanah Kampung Paya, berhampiran Balai Besar dekat sini, belum berpenghuni, namun kini lebih 1,000 orang menjadi penduduknya.

Kampung Paya Dungun1Beratus-ratus permohonan tanah untuk menjadikan kawasan berpaya sebagai tapak rumah kediaman mereka tidak pernah diproses dan diluluskan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, kerajaan PAS pada tahun 1999 -2004 pernah cuba membuka tanah tersebut.

“Sesudah di ‘plot’ dan dibuat pelan kasar, kerajaan PAS yang memerintah kalah dalam pilihan raya ke-11,

“kemudian tapak diagih-agihkan oleh JKKK kepada orang asing dengan bantuan dari pegawai pejabat Tanah Dungun,”ujarnya.

Cikgu Alias Harun YBApa,yang menyedihkan, kata beliau, pemohon rakyat tempatan, anak-anak jati Dungun tidak diberikan keutamaan.

Bahkan, tegasnya, hampir keseluruhan tanah kampung tersebut telah didirikan rumah oleh bekas-bekas pelarian Myanmar dan anak-anak mereka atau kaum keluarga dan yang mempunyai pertalian.

Seorang penduduk tempatan berkata, beliau terpaksa mengambil langkah ‘memugar’ tanah itu tanpa kebenaran, apabila diketahui, ia berterusan diberi kebenaran oleh satu sindiket kompromi antara pihak parti politik dengan beberapa pegawai pejabag tanah.

“tanah saya tak ada kelulusan, saya sudah pohon tapi bila ditanya kepada pegawai berkenaan, katanya ‘jangaj bimbang dan beres’,

Kampung Paya Dungun3“tapi daripada tanah kosong itu sehingga kini sudah lebih 100 buah rumah didirikan, semuanya sama saja, tanpa kelulusan,”ujar beliau yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sehubungan itu, mantan Exco kerajaan negeri Terengganu YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly menggesa supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 9erkara tersebut.

“Saya syak ada pakatan antara para pegawai dengan pihak Umno, yang menjadikan peneroka berketurunan Myanmar yang sudah menjadi rakyat Malaysia itu sebagai pengundi bagi menyokong mereka,

“kalau tidak macam mana mereka boleh mendirikan rumah dengan begitu mudah, sedangkan tanah belum diluluskan dan tidak pula diambil tindakan oleh pihak berkuasa,”kata Ahli Parlimen Dungun itu.

wan hassan YBSeorang lagi penduduk tempatan berkata, semua urusan dibuat secara bersembunyi dan hanya diketahui oleh pihak JKKK kampung terbabit, yang juga dilantik dari golongan yang sama.

“Tak ada siapa yang tahu, bagaimana urusan dibuat, tidak pernah JKKK kampung terbabit membuat pengumuman di masjid atau di tempat-tempat umum,

“tentang pembukaan permohonan tanah tersebut kepada orang kampung,”ujar beliau. yang turut meminta namanya dirahsiakan