KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu akan terus istiqamah dalam melaksanakan amanah, memberikan khidmat kebajikan kepada rakyat negeri ini.


“setiap orang ada amanahnya, amanah kita dengan PAS untuk melaksanakan sebaiknya demi menawan kembali Terengganu,
“kerja kita biarlah berterusan, sifat istiqamah itu perlu ada supaya kita tidak lari dari tanggungjawab kita pada jamaah,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan balas kepada saranan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Malaysia, Puan Salamiah Mohd Noor, yang juga Ketua Lajnah yang sama diperingkat pusat.
Salamiah bersama rombongannya dalam rangka ‘Lawatan Mahabbah’ ke negeri Terengganu sebelumnya meminta agar para Muslimat meningkatkan gerak kerja kebajikan di semua peringkat.


“kerja kebajikan di luar sana perlu kita ambil tahu dan laksanakan sebaiknya kerana masyarakat Akan lebih tertawan bila kita menunjukkan kecaknaan kita,”kata Salamiah ketika berucapa di hadapan 80 petugas kebajikan Muslimat PAS Terengganu di Dewan Darushifa Kuala Ibai, pada Sabtu 6 Februari.
Pertemuan berlangsung dengan semangat kerja yang tinggi apabila perbincangan dua hala merumuskan perkongsian maklumat dan pengalaman antara negeri dan PAS Pusat.
Justeru itu, penggerak Muslimat peringkat Kawasan yang hadir memberikan komitmen untuk melaksanakan keputusan yang dibuat.


“apa yang disaran dan dibincangkan hari ini, in shaa Allah akan kita praktikkan……..mana-mana yang belum kita buat dan kita akan melipatgandakan gerakkerja yang sudah kita laksanakan,
“kalau kita buat kerja dengan berkesan tak mustahil kita boleh menawan hati-hati manusia,”ujarnya
Seorang peserta lain, Puan Rashidah Yong memuji pergerakan kebajikan wakil-wakil rakyat PAS dan bertindak segera apabila menerima sebarang maklumat bencana yang menimpa penduduk.


“kita beruntung kerana kita Ada YB dan kerja-kerja Kebajikan alhamdulillah terancang dan berkala tidak termasuk yang perlu pada tindakan segera seperti Kebakaran dan kematian,”katanya.
Lawatan keraja Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia diakhiri dengan menziarahi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Puan Safinah Jusoh.




























