KEMAMAN – Warga Tionghua yang hadir meraikan sambutan Tahun Baru anjuran PAS peringkat Dewan Undangan Negeri Chukai sama-sama menyanyikan irama ‘Bulan Dihatiku’ (Moon Represent My Heart) sebuah lagu yang dipopularkan oleh Teresa Teng pada tahun 1970-an.
Kegembiraan terpancar dari wajah-wajah lebih 350 orang yang hadir dalam majlis yang cukup meriah itu.


“Diantara yang menjadi tetamu khas bagi sambutan Tahun Baru Cina DUN Chukai kali ini ialah Ustaz Mat Cina (Ustaz Muhammad Ibrahim) Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Pemuda PAS Malaysia,
“yang cukup menarik perhatian masyarakat kaum Tionghua dengan persembahan lagu bahasa Mandarin ‘Bulan Dihatiku’,”ujar Hanafiah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di kawasan lapang berhadapan Sekolah Kebangsaan Cina, Chukai di sini pada malam Jumaat, 4 Februari.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa meraikan masyarakat Cina setempat dan mereka di berikan bantuan serta khidmat menguruskan apa-apa keperluan.
https://youtu.be/JAolJ16NbWo
Katanya, beliau diberitahu, orang Cina telah hilang keyakinan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kos sara hidup yang semakin meningkat disamping faktor Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak yang terbabit dengan pelbagai isu melibatkan integriti.
“Orang Cina hilang keyakinan kepada Umno-BN bilamana kos kehidupan harian melambung tinggi disamping Perdana Menteri menipu rakyat mengenai wang derma daripada Arab RM2.6 bilion.


Menurutnya, harga rumah teres yang melebehi RM200,00 di daerah Kemaman juga membebankan mereka yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah.
Orang Cina, kata Hanafiah, berharap dan berdoa semoga kehidupan harian penuh aman damai dan harmoni dan gemar dengan isu perkauman yang kerap ‘dimainkan’ oleh Umno.
Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu telah memberikan hadiah ‘angpau’ sempena tahun baru kepada warga emas yang melebihi umur 65 tahun.
Turut hadir ialah Bendahari PAS kawasan Kemaman Haji Johan Ismail dan Setiausaha PAS DUNN Chukai Haji Othman Abdullah.




























