Beberapa Catatan Menjelang PRU Ke-13

918

Begini jawapan mereka. Pada PRU 13 nanti. Jika pucuk pimpinan tertinggi iaitu YAB PM selaku Presiden Umno mengekalkan YAB DSAS bertanding di Dun. Maka jawapannya negeri Terengganu akan mereka beri mandat kepada parti pas untuk memerentah sekali lagi. Peristewa 1999 akan kembali lagi di negeri Terengganu.

Daripadaa 10 orang yang di temui. 7 orang adalah memberi jawapan sebegitu. Maka dengan keadaan sebegitu haruslah pucuk pimpinan negara mengambil kira dengan pendapat mereka. Selamatkan negeri terengganu dari di perentah oleh pas sekali lagi. Hidup barisan nasional Terengganu. – Sumber Laman Sosial Facebook, 23 Februari, 2012

Catatan 2

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Bakar mengesyorkan mana-mana individu yang akan dicalonkan atau digugurkan perlu diberitahu lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini dalam parti.

Beliau berkata, ia juga boleh me­ngelakkan perkara sama yang pernah berlaku kepada beliau apabila mendakwa pernah ditipu oleh bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh ketika pengumu­man calon pada pilihan raya umum lepas.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Marang pada waktu itu dimaklumkan Idris bahawa semua Ketua Umno Bahagian akan dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), sebaliknya lain yang berlaku apabila nama beliau dan beberapa ketua Umno bahagian lain tidak tersenarai ketika pe­ngumuman calon Februari 2008.

“Saya bukannya sedih kerana tidak dicalonkan pada waktu itu sebaliknya diberitahu bahawa semua Ketua Umno Bahagian akan dicalonkan. Begitu juga sehari sebelum pengumuman calon, kita dimaklumkan perkara yang sama bahkan turut meminta gambar.

“Cara itu menipu dan kita tertipu lainlah kalau diberitahu awal-awal kita tidak bertanding. Tidak menjadi calon tidak me­ngapa tetapi cara dia (Idris) buat, sepatutnya diberitahu awal-awal.

“Apabila diumumkan begitu, semua orang marah, penyokong kita juga mahu tahu sama ada kita mempunyai rekod buruk atau sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Antara Ketua Umno Bahagian lain yang tidak dicalonkan pada waktu itu ialah Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pengundi Luar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Umno Terengganu berkata, jika dimaklumkan awal sama ada digugurkan atau dicalonkan, ia dapat memastikan kedua-dua pihak memberi komitmen yang baik demi kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagi bakal calon, katanya, sudah tentu ia mempengaruhi persediaan dari segi mental, fizikal dan kewangan dalam usaha melawan musuh parti.

“Memilih calon pun memerlukan transformasi dan perlu diberitahu awal-awal supaya mereka bersedia dari semua aspek. Kalau diberitahu dalam masa singkat, dibimbangi mereka tidak bersedia,” katanya.

Bagi calon yang akan digugurkan, beliau berkata, individu terlibat juga perlu dijelaskan lebih awal supaya mereka tidak berasa dianiaya selain memberi peluang memujuk diri kerana beliau percaya segelintirnya tidak dapat menerima hakikat tersebut.

“Mereka patut diberitahu lebih awal supaya dapat menerima hakikat tidak dicalonkan dan diberi masa supaya dapat menyokong calon lain. Tempoh yang masih panjang sesuai untuk muhasabah diri, membelai diri, memujuk diri dan menerima hakikat mereka tidak dicalonkan,” katanya. – Sumber Akhbar Sinar Harian, 23 Februari, 2012

Catatan 3

Tindakan Idris Jusoh mengisytiharkan calon-calon pilihannya sendiri untuk bertanding bagi pihak UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum(PRU) ke 12 menjadi kejutan dan tidak diduga sama sekali oleh ahli-ahli dan kepimpinan UMNO.

Selain majlis peristytiharan ‘kelam-kabut’ dan tanpa persiapan sewajarnya, calon-calon yang disenaraikan oleh Idris dilihat sebagai satu ‘hukuman bunuh’ kepada semua tokoh-tokoh yang dikatakan bermasalah serta peluang Idris untuk menghapuskan saingan dan ‘musuh’ politiknya.

Man Bakar, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang digugurkan dari sebarang senarai calon. Tokoh yang disebut-sebut sebagai ‘Giant Killer’, kerana menewaskan Presiden PAS di Parlimen Marang dalam PRU 11, 2004, adalah dianggap liabiliti oleh Idris Jusoh. Beliau digugurkan dari Man Bakarsebarang senarai calon baik DUN ataupun Parlimen.

Musuh politik Man Bakar, bekas Exco Pelajaran Negeri, Dato’ Dr Latiff, bekas ahli Parlimen Dungun Pak Rosli dan bekas Timbalan Menteri merangkap Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu juga mengalami nasib yang sama dengan Man Bakar. Manakala bekas Exco Pertanian Negeri Mad Jidin ditukarkan kepada kerusi Palimen Setiu.

Justeru ramai dikalangan orang UMNO dan PAS sendiri yang merasa pelik dan hairan terhadap tindakan Idris mengekalkan Ahmad Said di Kijal dan Rahin di Teluk Pasu, di samping membawa Nasir dari DUN Bukit Tunggal ke Parlimen Kuala Nerus dan mengekalkan Wan Hisham di DUN Ladang.

Majlis yang diadakan di rumah kediaman rasmi beliau di Batu Burok, hanya dihiasi dengan bendera ‘dacing’ yang di tampal di tepi dinding dengan keadaan bilik yang terlalu kecil dan tidak selesa. Semua media yang hadir merungut dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap majlis perisytiharan calon UMNO/BN yang kebiasaannya di buat di pejabat Perhubungan Negeri.

Pak RosliAntara mereka yang digugurkan, Pak Rosli kelihatan paling sedih. Mukanya berubah secara tiba-tiba apabilanya Idris mengumumkan Matulidi Jusoh, seorang yang tidak dikenali, menggantikan beliau untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Dungun.

Walaupun Pak Rosli cuba menyembunyikan kesedihannya, namun ketika ditemubual media, jelas kelihatan, matanya menjadi agak merah, menahan perasaan. Beliau memang tidak menyangka bahawa Idris akan terus ‘membuang’ beliau kerana sehingga malam kelmarin masih berlegar khabar yang beredar melalui SMS bahawa calon Parlimen adalah Pak Rosli.

Sementara itu beberapa DUN dan Parlimen dijangka akan membuat bantahan terhadap perisytiharan yang dibuat oleh Idris Jusoh. Antaranya DUN Seberang Takir, Parlimen Marang, Parlimen Dungun dan DUN Jabi.

Walaupun di hadapan media selepas Idris selesai membuat perisytiharan, masing-masing cuba menunjukkan air muka yang tidak menentang dan cuba berpuashati, namun jauh disudut hati masing-masing perasaan kelat dan pedih mencengkam di sanubari. – Sumber Arkib Buletinonline, 20 Februari, 2008.