Bauksit; Untung Dikaut, Rakyat Menderita

1833

Oleh: Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – PAS begitu simpati danmengambil berat tentang aktiviti melombong bauksit yang terus menjadi igauan ngeri penduduk tempatan di sekitar Kampung Bukit Goh dan Gebeng, daerah Kuantan di negeri Pahang.

andansura (2)ADUN Beserah, Andansura Rabu [Gambar bawah] memaklumkan pihaknya telah berusaha sedaya upaya untuk mencari penyelesaian terbaik tetapi menemui jalan buntu apabila pelbagai pihak yang dijemput untuk mengadakan perbincangan dan dialog tidak muncul sepertimana dijanjikan.

“Saya telah memanggil kesemua pihak terbabit antaranya Pejabat Tanah Dan Galian, Majlis Perbandaran Kuantan, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Pelabuhan Kuantan,

“beberapa buah kementerian yang terlibat dan pihak pengusaha tetapi hampir kesemua tidak hadir untuk berbincang,”ujarnya ketika berucap pada majlis penerangan isu semasa di Kampung Jabur Perasing, Kemaman, malam tadi.

Walaupun begitu, katanya, pejabat beliau terus mengambil pendekatan untuk menyelesaikan isu tersebut dengan mengambil inisiatif pergi ‘menghadap mereka’.

Menurutnya, bauksit yang dilombong akan diproses menjadi aluminium dan disebabkan oleh negara Indonesia menutup pintu eksport bauksit mereka, permintaan untuk ekspot bahan tersebut menjadi tinggi.

isu bauksit di kuantan 4Beliau juga memaklumkan, Pelabuhan Kuantan dianggarkan telah menerima 2,000 buah lori yang membawa muatan tanah yang mengandungi bauksit pada setiap hari.

“Ini bermakna jika sebuah lori membuat 2 trip setiap hari terdapat 1,000 buah lori di atas jalan setiap hari.

“Difahamkan Pelabuhan Kuantan menerima 60,000 tan tanah mengandungi bauksit setiap hari. Kadar cukai yang dikenakan sebanyak RM4.30 setiap tan dan pendapatan Pelabuhan Kuantan dianggar mencecah RM80 Juta seminggu,”jelasnya.

Beliau menegaskan, PAS tidak menentang perniagaan, juga tidak menghalang mana mana pihak mengaut keuntungan tetapi memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jangan korbankan nilai dan kualiti hidup rakyat.

Katanya, industri terbabit telah terbukti menyebabkan kehidupan seharian rakyat tertekan khususnya penduduk yang tinggal di Kampung Bukit Goh dan Gebeng.

“Mereka tidak dapat menjemur kain baju mereka dan semua pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup untuk mengelak pencemaran debu tersebut.

20150726_113048_resized_1“Ada yang menggelarkan kawasan ini sebagai Planet Marikh disebabkan warna kemerahan yang menyelebungi seluruh kawasan ini manakala jalan raya di sini digelar Jalan ikan celup tepung,”katanya lagi

Beliau turut kesal kerana pihak Jabatan kerajaan terbabit menghadapi kesukaran untuk memantau kualiti udara persekitaran dan kesannya kepada penduduk kerana dilaporkan tiada peruntukan kewangan.

PAS juga kesal dan kecewa dengan sikap hipokrit pihak tertentu yang menyembunyikan kesulitan rakyat itu dengan memberhentikan operasi perlombongan terbabit selama tiga hari semata-mata mahu mengaburi para pelancong, bilamana kapal persiaran mewah berlabuh di Pelabuhan Kuanta.

Justeru itu, beliau meminta rakyat bersatu menentang ketidakadilan serta penindasan ini dan mengembalikan hak rakyat yang ingin meneruskan kehidupan seharian mereka dalam suasana yang selamat dan tenteram.