Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada sebelum ini.
2. Dimaklumkan bahawa, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesahkan berlakunya kejadian keruntuhan kren di dalam Masjidil Haram pada lebih kurang jam 5.00 petang (waktu Saudi) akibat ribut pasir dan hujan lebat. Buat masa ini sejumlah tujuh (7) orang jemaah haji Malaysia terlibat dimana seorang daripadanya telah dilaporkan patah kaki dan enam (6) yang lain cedara ringan. Pasukan kebajikan dan perubatan Tabung Haji telah dikerahkan untuk memberikan rawatan dan membuat pemeriksaan di kawasan terbabit. Ini bertujuan untuk meninjau serta memastikan keadaan Jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan.
3. Semua yang cedera telah dikenal pasti dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan TH di tempat kejadian. Jemaah Haji yang patah kaki telah dihantar ke Hospital King Faisal, Mekah manakala enam (6) orang yang cedera dibawa ke Pusat Rawatan Tabung Haji di Abraj Janadiriyah untuk rawatan lanjut. Pasukan perubatan Tabung Haji juga telah berada di hospital Arab Saudi bagi mengenalpasti sekiranya terdapat lagi jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.
4. Maklumat terkini yang diterima tentang mangsa kejadian telah meningkat kepada seramai 65 orang terkorban manakala 80 orang cedera. Malawakil dalam usaha untuk mendapatkan maklumat penuh jemaah haji Malaysia yang terlibat di dalam kejadian ini. Malawakil akan terus memantau perkembangan bersama-sama Bilik Operasi Tabung Haji di Abraj Janadiriyah dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini tentang kejadian ini.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
MOHAMMAD ALI SELAMAT
KONSUL JENERAL
MALAWAKIL JEDDAH
KUALA NERUS - Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus menggerakkan jentera pilihan raya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak pelancaran pada April lalu...
RIYADH – Ketegangan di Asia Barat kembali memuncak selepas Amerika Syarikat (AS) membayangkan kemungkinan untuk menyertai pakatan ketenteraan Arab Saudi bagi melancarkan serangan balas...
The government must ensure that green investments under the 2027 Budget deliver measurable emissions reductions without compromising the country's electricity and water supplies.Pas deputy...
KUALA TERENGGANU — Kerajaan digesa mengimbangi disiplin fiskal dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan Belanjawan 2027 bernilai RM510 bilion benar-benar berkesan menangani isu kos sara...
KUALA TERENGGANU – Solidariti terhadap rakyat Palestin tidak seharusnya bermusim atau terhenti selepas program memperingati Taufan Al-Aqsa, sebaliknya perlu diteruskan melalui doa, bantuan dan...