Oleh : Khairul Azlam Mohd
Pada tanggal 16 Februari 1991, bertempat di pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu lahirlah satu badan sukarelawan parti yang bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS.
Badan sukarelawan itu dinamakan Unit Amal yang kini telah dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan Amal Malaysia sebagai satu pengiktirafan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Tahun 2016 ini, maka genaplah usia mudanya menjangkau 25 tahun dengan diadakan sambutan Jubli Perak bagi meraikan tanda kematangannya di perkarangan Masjid Rusila, Marang pada 5 dan 6 Februari ini.
Sejarah penubuhannya:
Orang yang bertanggungjawab sepenuhnya di atas gagasan penubuhan Unit Amal ketika 25 tahun lalu ialah Cikgu Husin Ismail yang kini merupakan Presiden Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia).
Idea penubuhan Unit Amal itu lahir semasa diadakan Ijtimak Antarabangsa kali pertama di Terengganu tahun 1989. Program tersebut berjaya menghimpunkan ramai tokoh-tokoh gerakan Islam di seluruh dunia yang ‘berkampung’ di Rusila, Marang.
Unit Amal mula digagaskan pada tahun 1989. Ijtimak Antarabangsa pertama yang diadakan di Rusila, Marang tahun 1989 dan kali pertamanya Unit Amal lahir dengan nama Unit Amal Dewan Pemuda PAS.
Waktu itu, belum ada pakaian seragam lagi dan hanya diperagakan baju jenama Camel Siam (Thailand). Berbaris di hadapan pentas seramai 32 orang anggota.
Rasminya Unit Amal ditubuhkan pada 16 Februari 1991. Kertas kerja cadanagn itu dibahas dan dibincangkan di peringkat Dewan Pemuda dan PAS Pusat termasuk uniform dan segala-galanya diterima atas keputusan parti (PAS) secara mutlak.
https://youtu.be/leiSWHP9Izc
Alhamdulillah, Unit Amal bangkit walau pun pada peringkat awalnya mengalami suatu suasana yang tidak mudah. Ada sebahagian kalangan pihak dalam parti sendiri mengatakan ada satu kelompok elit dalam parti.
Peristiwa yang paling bersejarah setelah melalui suatu keadaan yang agak hebat juga ujiannya. Hari pertama paling bersejarah setelah tiga tahun penubuhan unit amal dan sempena Muktamar Tahunan PAS 1995 di Balai Islam Lundang, Kota Bahru. Selepas Muktamar Pemuda semuanya telah pulang dan hanya yang tinggal 12 orang anggotanya sahaja.
Hari itu, muktamar di situ tempatnya sempit dan pintunya sedikit, tidak ada jalan lain, tidak ada nampak ikhtiar lain. Pengerusi tetap Muktamar panggil Unit Amal untuk berkhidmat. Dengan 12 orang anak sekolah daripada Institut Berakan, dapat menyelesikan masalah pendaftaran masuk, pembarisan masuk, perwakilan muktamar ke Balai Islam, Lundang, Kota Bharu.
Tetapi yang paling sekali ‘terpaku’ dalam lipatan sejarah Uni Amal apabila tiba-tiba pada hari itu, Allahyarham (Dato’) Ustaz Mohd Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu membuat ucapan dalam kertas ucapan dasar Presiden PAS.
Semenjak dari tarikh itu, Ustaz Fadzil tidak pernah melupakan ucapan penghargaan kepada sukarelawaan Unit Amal sampai ke akhir hayat dan disambung lagi oleh Tuan Guru (Ustaz Abdul Hadi) Presiden PAS sekarang sehingga ke hari ini.
Dalam pergelutan yang penuh permasalahan. Apabila Almarhum Ustaz Fadzil membuat ucapan menerima Unit Amal sebagai satu organisasi parti maka, ‘permasalahan’ Unit Amal itu untuk memperagakan diri dalam parti sudah tidak lagi bermasalah.
Sehingga hari ini, Unit Amal berada dipersada jamaah (PAS) dalam imej yang cukup cemerlang.