Jubli Perak Jabatan Amal Di Rusila

1731

KUALA TERENGGANU – Pengarah Jabatan Amal Negeri Terengganu, Sauji Abd Rasid, 38, menyeru kepada semua anggota amal di seluruh negara agar dapat hadir dan berhimpun di Rusila, Marang.

SaujiKata beliau, himpunan sambutan Jubli Perak 25 tahun Jabatan Amal ini hanya disambut sekali sahaja dalam sejarahnya.

“Saya ucap selamat datanglah kepada seluruh anggota Jabatan Amal yang akan datang dan berhimpun sempena Jubli Perak 25 tahun di Rusila, Marang pada 5 dan 6 Februari 2016 ini.

“Objektif ini, kita (amal) hendak kumpul semua ahli-ahli baharu dan lama yang pernah bersama Unit Amal atau Jabatan Amal sekarang ini.

“Sewaktu Unit Amal ini ditubuhkan 25 tahun lalu, saya berumur 13 tahun dan waktu itu adanya Unit Amal Walad,” ujarnya.

Menurutnya, sempena sambutan Jubli Perak Amal itu turut diadakan pameran amal negeri-negeri, pertandingan kawad kaki dan banyak lagi.

Katanya, pihak penganjur mensasarkan tidak kurang dari 2000 anggota amal dari seluruh negara akan hadir pada hari tersebut.

https://youtu.be/KVew_uNZxfE